awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN masih kumpul maklumat berhubung dakwaan kultus Korea Selatan
[TERKINI] Rawatan Tun M: 'Pembedahan bukan opsyen terbaik buat masa ini' - Mukhriz
Bekas Panglima Tentera Darat hadir ke ibu pejabat SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarikh perbicaraan kes rasuah Guan Eng tidak boleh ditangguhkan lagi

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2017
07:11 MYT
Tarikh perbicaraan kes rasuah Guan Eng tidak boleh ditangguhkan lagi
Lim Guan Eng di Mahkamah Tinggi pada 30 September 2016 lalu untuk pengurusan kes rasuah berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn. - BERNAMA
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 7 Februari depan untuk pendengaran dua notis usul yang difailkan Ketua Menteri Pulau Pinang dan ahli perniagaan, Phang Li Koon untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail mengekalkan tarikh perbicaraan yang dijadualkan pada 27 Mac hingga 21 Julai depan.
Kes tersebut tidak boleh ditangguhkan memandangkan ia sudah tertangguh melebihi tempoh enam bulan.
Hadhariah juga menegaskan bahawa akta tersebut sudah lama wujud dan tiada siapa boleh meminda dengan sewenang-wenangnya.
Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk mendapatkan suapan bagi dirinya dan isteri, Betty Chew.
Beliau didakwa meluluskan perlingkungan semula daripada zon pertanian kepada zon perumahan awam di daerah barat daya Pulau Pinang kepada Syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.
Bagi pertuduhan kedua pula, Guan Eng mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di Jalan Pinhorn, Georgetown.
Rumah tersebut dimiliki pada harga RM2.8 juta sedangkan nilaian semasa hartanah itu sebanyak RM4.27 juta.
Topic Berkaitan
#kes mahkamah
#Lim Guan Eng
#penjawat awam
#pulau pinang
#tuduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan