awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjanjian antara Aeroline-Corus KLCC tamat dengan penutupan hotel
Raja Muda Perlis berkenan sertai kayuhan bersama alumni UiTM Perlis, komuniti bandar
Man Utd dominasi Man City, Michael Carrick mulakan tugas dengan kemenangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tarzan Karachi' tinggal atas pokok selama lapan tahun

Sinar Harian
Sinar Harian
19/04/2022
22:15 MYT
'Tarzan Karachi' tinggal atas pokok selama lapan tahun
Farman tinggal atas pokok atas sebab kemiskinan dan tiada pendapatan tetap.- Foto Agensi
KARACHI: Seorang lelaki dari Pakistan diberi jolokan 'Tarzan Karachi' selepas tinggal di dalam sebuah rumah di atas pokok lebih lapan tahun.
Laman berita Oddity Central melaporkan, Farman Ali menjadi tular di media sosial beberapa minggu lalu selepas rakaman rumahnya yang luar biasa tersebar di seluruh dunia.
Orang ramai yang kagum dengan lelaki itu yang tinggal di dalam rumah atas pokok tempoh lama sebenarnya tidak tahu bahawa Farman tiada pilihan yang lain.
Kisah sedih Farman bermula selepas ibu bapanya meninggal dunia dan dia terpaksa hidup merempat di jalanan serta sering diganggu mencetuskan idea untuk membina rumah atas pokok.
Dia yang mencari nafkah dengan kerja mencuci kereta dan membersihkan luar rumah demi sesuap nasi, bagaimanapun lebih selesa tinggal di rumah diperbuat daripada buluh, kayu dan pintu lama untuk melindungi dari panas serta hujan.
Rumah pokok miliknya turut dilengkapi sinki kecil, ketuhar untuk memasak dan lampu kecil berkuasa bateri dan pengecas telefon.
Farman yang pernah ditinggalkan isteri kerana tidak mampu memperoleh gaji secukupnya memberitahu agensi berita antarabangsa bahawa keputusan tinggal di atas pokok adalah pilihan terakhirnya. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tarzan karachi
#Farman Ali
#tinggal atas pokok
#lelaki pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan