KOTA BHARU: Konsep tasamuh yang menekankan nilai toleransi dan kebersamaan menjadi tunggak kepada konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan sejak setahun lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata nilai toleransi itu bukan hanya dalam hidup bermasyarakat tetapi juga beragama dengan menghormati hak dan kewajipan antara agama Keluarga Malaysia, sekali gus mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera.
"Dengan tasamuh juga, Keluarga Malaysia akan lebih menghargai perbezaan antara sesama manusia dalam batas-batas yang digariskan oleh agama Islam.
"Sebagai kerajaan, sudah menjadi tanggungjawab untuk sentiasa menyuburkan semangat perpaduan, menyuntik nafas segar dalam kesatuan dan mencari titik persamaan dalam kepelbagaian melalui konsep Keluarga Malaysia dan tasamuh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini. AKM Kelantan, yang bertemakan Keluarga Malaysia Keluarga Digital bermula semalam hingga esok.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa selaku penyelaras AKM Kelantan, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Ketua Setiauasaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata idea Keluarga Malaysia yang diperkenalkannya pada 22 Ogos tahun lepas bukan sekadar retorik atau slogan semata-mata, tetapi kesejahteraan dan kepentingan rakyat terus dipelihara seperti menjaga sebuah keluarga.
Katanya konsep Keluarga Malaysia bermatlamat supaya rakyat berbilang kaum dan merentasi agama di negara ini dapat terus mengamalkan hidup bersatu-padu dalam satu keluarga besar berasaskan tiga teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
"Konsep dan pendekatan Keluarga Malaysia bukanlah sesuatu yang sukar untuk dihadam kerana ia sebenarnya berlandaskan nilai-nilai sedia ada yang kita miliki dalam sebuah keluarga. Jika ada anggota keluarga yang kesusahan, anggota yang lain turut merasakannya ibarat tercubit paha kiri, paha kanan pun terasa sakit.
"Justeru, kita bawa konsep ini menjelajah ke seluruh negara supaya rakyat dapat menghayati dan memahami aspirasi Keluarga Malaysia dengan lebih jelas," katanya.
Memasuki hari kedua jelajah AKM, rakyat Kelantan khususnya penduduk sekitar Kota Bharu beramai-ramai mengunjungi Stadium Sultan Muhammad IV sejak awal pagi hari ini untuk menyertai pelbagai program dan aktiviti seperti karnival kerjaya, keusahawanan digital, karnival jualan, pameran dan maklumat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
Kehadiran Perdana Menteri untuk merasmikan AKM Kelantan menjadi tumpuan ramai apabila pelbagai lapisan masyarat memenuhi dewan utama majlis pelancaran seawal 8 pagi.
Biarpun tidak semua dapat masuk ke dewan berkenaan, namun masing-masing tetap teruja menunggu Perdana Menteri bersama telefon pintar masing-masing bagi merakam gambar pemimpin negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022
Ismail Sabri berkata nilai toleransi itu bukan hanya dalam hidup bermasyarakat tetapi juga beragama dengan menghormati hak dan kewajipan antara agama Keluarga Malaysia. - BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Ma'al Hijrah: Sikap toleransi elak perbalahan merugikan - PM
Sikap toleransi atau berlapang dada bukan sahaja membolehkan negara terus membangun sehingga dihormati, malah dapat mengelakkan daripada berlakunya perbalahan yang sia-sia dan merugikan.
Persidangan Ulama: Konsep Keluarga Malaysia boleh dijadikan contoh untuk negara Islam - PM
Semua pihak terutama ulama dan para ilmuwan Islam perlu mencari jalan penyelesaian dalam berdepan cabaran pertikaian sesama sendiri.
PM seru Keluarga Malaysia amal konsep Tasamuh dalam bermasyarakat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyeru agar Keluarga Malaysia mengamalkan konsep Tasamuh dalam bermasyarakat.
Perdana Menteri seru Keluarga Malaysia berpegang pada konsep Tasamuh
Konsep Tasamuh selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang mampu menjadikan masyarakat Malaysia menghargai dan memahami nilai perbezaan.