awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tatu pertubuhan haram: Ahli kongsi gelap didenda RM2,000

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2020
05:33 MYT
Tatu pertubuhan haram: Ahli kongsi gelap didenda RM2,000
Mengikut fakta, tertuduh ditahan pada jam 11 malam 9 Ogos di sebuah stesen minyak di Payar Besar, Kulim. - Astro AWANI
Seorang lelaki dijatuhi hukuman didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majestret Kulim, hari ini selepas didapati bersalah memiliki tatu sebuah kumpulan pertubuhan haram.
Hakim Che Rohana Ismail memerintahkan tertuduh Wee Wing Seong, 29, membayar denda dan sekiranya gagal tertuduh akan dipenjara selama setahun.
Mengikut fakta, tertuduh ditahan pada jam 11 malam 9 Ogos di sebuah stesen minyak di Payar Besar, Kulim.
Sebaik pemeriksaan dilakukan anggota polis menemui tatu pada badan tertuduh tertulis '666' dan sebaik disoal, tertuduh mengaku menganggotai kumpulan kongsi gelap 'Geng Tiga Enam'.
Tertuduh turut mengakui kumpulan 'Tiga Enam' ini bergiat aktif di Lukut, Negeri Sembilan.
Tertuduh bagaimanapun membayar denda terbabit.
Topic Berkaitan
#hakim
#kongsi gelap
#Kulim
#mahkamah
#majistret kulim
#pertubuhan haram
#tatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan