awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tauke judi haram lebih 'pandai' undang-undang - Idris

Astro Awani
Astro Awani
03/05/2016
12:09 MYT
Tauke judi haram lebih 'pandai' undang-undang - Idris
IDRIS: Antara faktor lain yang menyumbang kepada kegagalan operasi pihak berkuasa ialah kebocoran maklumat oleh orang dalam.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menyifatkan kegagalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mencari bukti kukuh mengaitkan aktiviti judi dan pusat hiburan haram adalah punca mengapa aktiviti itu sukar dibanteras.
Menurut Idris, tauke-tauke pusat judi haram ini dilihat lebih bijak mengenai soal undang-undang untuk melepaskan diri daripada didakwa.
"Tindakan merampas alat perjudian, contohnya, tetapi kita tidak mempunyai bukti untuk menuduh mereka di mahkamah.
"Kalau tidak ada bukti itulah yang menyebabkan mereka rasa ada kekuatan," kata Idris pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama semua Jabatan Penguatkuasa Negeri di Kompleks Seri Negeri, di sini, hari ini.
Beliau juga mendedahkan antara faktor lain yang menyumbang kepada kegagalan operasi pihak berkuasa ialah kebocoran maklumat oleh orang dalam.
Selain itu, PBT dan agensi penguatkuasa yang terlibat disaran supaya lebih agresif menyediakan bukti kukuh bagi membolehkan pendakwaan dibuat sekali gus mampu melumpuhkan aktiviti-aktiviti haram.
Tambah Idris, buat masa ini pihaknya hanya mampu bertindak memotong bekalan air dan elektrik secara serta-merta terhadap mana-mana premis hiburan atau judi haram.
Topic Berkaitan
#idris haron
#Ketua Menteri Melaka
#Melaka
#pihak berkuasa tempatan
#teyuke judi haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan