awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tawanan Sydney: Malaysia ikrar akan bersama rakyat Australia

Bernama
Bernama
16/12/2014
16:07 MYT
Tawanan Sydney: Malaysia ikrar akan bersama rakyat Australia
Komuniti di Sydney bersedih dengan kejadian menawan tebusan di sebuah kafe di Martin's Place. - EPA/Dean Lewins
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Selasa berikrar akan berdiri teguh bersama-sama rakyat dan kerajaan Australia dalam kejadian menawan tebusan di sebuah kafe di Sydney, Isnin.
"Kami akan sentiasa bersama-sama semua rakyat Australia. Doa dan harapan kami mengiringi kesemua mereka yang terjejas oleh #SydneySiege semalam," kata Najib dalam catatan terbaru beliau melalui laman Twitternya.
We stand in solidarity with all Australians. Our thoughts and prayers are with all those affected by the #SydneySiege yesterday.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 16, 2014
Kejadian itu bermula pada kira-kira pukul 9.45 pagi apabila seorang lelaki bersenjata api menyerbu ke dalam sebuah kafe dan menjadikan 17 orang sebagai tebusan.
Drama penuh ketegangan selama 16 jam itu berakhir apabila polis bersenjata lengkap menyerbu kafe berkenaan dan membunuh lelaki terbabit.
Dua tebusan terbunuh dan empat cedera. Mereka yang terbunuh ialah seorang wanita beranak tiga dikenali sebagai Katrina Dawson, 38, pengurus kafe, Tori Johnson, 34, dan lelaki terbabit yang dikenali sebagai Man Haron Monis, 50.
Topic Berkaitan
#Australia
#Man Haron Monis
#Najib Razak
#solidariti
#Sydney
#tebusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan