awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tawaran iklan jualan keahlian, lambang PBPM adalah palsu - Bukit Aman

Bernama
Bernama
21/07/2022
09:41 MYT
Tawaran iklan jualan keahlian, lambang PBPM adalah palsu - Bukit Aman
Polis menjalankan siasatan terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan iklan berkenaan.
KUALA LUMPUR: Tawaran iklan jualan keahlian dan lambang Persatuan Bekas Polis Diraja Malaysia (PBPM) yang kini tular di media sosial adalah palsu, kata Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.
Sehubungan itu, beliau berkata polis menjalankan siasatan terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan iklan berkenaan.
PDRM mengesan satu iklan di media sosial yang mempromosikan jualan keahlian dan lambang ahli kehormat PBPM dan menurut hantaran itu ahli yang menggunakan lambang berkenaan akan diberi keistimewaan seperti perkhidmatan pengiring polis dengan bayaran RM300 bagi 10 kilometer.
Iklan itu turut menyebut bahawa pemilik kenderaan boleh memasang cermin gelap dan tiada tindakan pihak berkuasa sekiranya memandu dalam keadaan mabuk, katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut iklan itu, orang ramai yang berminat diminta menghubungi seorang individu menerusi nombor telefon tertera dalam iklan berkenaan.
Noorsiah berkata tiada sebarang keistimewaan sedemikian yang wujud atau ditawarkan kepada mana-mana pihak seperti didakwa.
"PDRM menasihatkan orang ramai yang menerima iklan promosi berkenaan supaya tidak terpengaruh atau berhubung dengan penama dinyatakan.
"Masyarakat juga dinasihatkan agar merujuk saluran media rasmi PDRM bagi mengelak menjadi mangsa penipuan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#Persatuan Bekas Polis
#iklan palsu
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan