KUALA LUMPUR : Tawaran perubatan yang lebih murah di Malaysia berbanding negara jiran seperti Thailand, Korea dan Jepun mampu menarik pelancong untuk memilih negara sebagai destinasi pelancongan melalui Pakej Pelancongan Kesihatan dalam Perubatan Dermatologi dan Estetika.
Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun berkata, ia mampu menjadi kekuatan kepada sektor pelancongan negara dalam menghadapi persaingan dengan negara-negara jiran yang sudah lama menawarkan pakej pelancongan seumpama itu.
"Saya difahamkan mereka cukup pakar profesional dalam bidang ini. Malah, mereka ini sudah bersedia untuk memberi perkhidmatan baik dan berkualiti.
"Menteri Kesihatan juga mengatakan kita tidak boleh kompromi dengan mutu kualiti perkhidmatan itu, ia setaraf dengan negara maju," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Pada Sabtu, MATA dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sedia memperhebat pasaran pakej Pelancongan Kesihatan dalam Perubatan Dermatologi dan Estetika untuk menarik lebih ramai pelancong dengan syarat negara menawarkan rawatan yang dijanjikan tanpa berkompromi dengan kualiti serta keberkesanannya.
Dalam masa sama, beliau juga berharap pengamal perubatan dermatologi dan estetika sedia menjalin kerjasama bagi mempromosikan pasaran pakej Pelancongan Kesihatan dalam bidang berkenaan.
Langkah itu katanya bagi mencari pendekatan yang lebih baik dan profesional bagi menjayakan usaha berkenaan secara bersama.
Dalam pada itu, Persatuan Perubatan Estetik Malaysia menyifatkan cadangan MATA sebagai langkah positif memandangkan banyak negara sudah lama melaksanakan pelancongan kesihatan terutama dalam bidang estetik.
Presidennya, Dr Chin Shih Choon berkata, sudah sampai masanya negara meneroka dan meneruskan usaha berkenaan dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan aliran mata wang asing ke dalam negara.
Dalam masa sama, beliau yakin pengamal perubatan berkaitan sudah benar-benar bersedia dan mencukupi dalam menjayakan sektor pelancongan kesihatan itu.
"Pengamal perubatan estetika sudah bersedia untuk menerima pelancong dari luar negara. Pakar bedah plastik juga telah lama terima dan merawat pesakit dari luar negara sejak lebih sedekad lalu," katanya kepada Astro AWANI.
Malah, amalan perubatan estetika di negara ini diyakini telah dikawal dengan baik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Saya pernah rawat pesakit dari United Kingdom, New Zealand, Australia, China, Singapura, Indonesia dan Singapura. Walau pandemik memperlahan segmen kita sebelum ini, namun ia naik semula sejak pembukaan sempadan.
"Di Malaysia, amalan perubatan estetika juga dikawal dengan baik oleh KKM dan ia turut melibatkan pakar bedah plastik, dermatologi, pengamal perubatan estetik dan pegawai KKM sendiri . Ini bagi memastikan latihan amalan dan pengesahan doktor estetik. Yang paling utama ialah keselamatan pesakit yang dirawat," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Sun Sep 25 2022

Tawaran perubatan yang lebih murah di Malaysia berbanding Thailand, Korea dan Jepun mampu menarik pelancong untuk memilih negara sebagai destinasi pelancongan melalui Pakej Pelancongan Kesihatan dalam Perubatan Dermatologi dan Estetika.
13 maut dalam kebakaran asrama di Almaty
Sekurang-kurangnya 13 maut akibat kejadian kebakaran asrama yang berlaku Almaty, Kazakhstan, awal pagi Khamis.
Penternak anjing protes berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan
Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan menganjurkan protes berhampiran pejabat Presiden di Seoul, mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu sejak beberapa abad lalu.
Pemberhentian perang Israel-Palestin dilanjutkan sehari
Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.
Tebusan warga Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan 17 tebusan warga Thailand yang ditahan di Semenanjung Gaza tiba di Bangkok pada petang Khamis, disambut ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka.
Persidangan bermula, bincang pembiayaan projek iklim, nilai kemajuan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) bermula di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan isu mendesak berkaitan pemanasan global serta menilai kemajuan interim yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa sejak Perjanjian Paris ditandatangani.
Delegasi, syarikat minyak perlu bekerjasama tangani perubahan iklim
Presiden COP28, Sultan Al Jaber menggesa pada delegasi untuk mencari titik persamaan dalam dasar bagi memenuhi matlamat iklim global.
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

Pengecualian visa bakal rangsang industri pelancongan negara - MATA
Keputusan itu akan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menguntungkan bagi pelawat dari China, India, Jordan dan Turki.

MyBHA, MATA sokong tindakan King Sing dengar keluhan pelancong
Tindakan beliau itu merupakan usaha yang akan memberi gambaran positif dan menaikkan tahap keyakinan pelancong asing.

MATA anjur persidangan dan pameran pelancongan Islam pada September
MATA akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Haji, Umrah dan Pelancongan Islam Asia (AITEX) 2023 dari 13 hingga 15 Sept.

COVID-19: MATA gesa kerajaan tangguh kemasukan pelancong China ke Malaysia
Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa kerajaan agar menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian COVID-19 di negara itu reda.

MAVCOM, CAMM digesa atasi isu kenaikan harga tiket penerbangan - MATA
MATA menggesa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) isu kenaikan tambang penerbangan dengan segera.

Tawaran perubatan lebih murah jadikan Malaysia destinasi pelancongan kesihatan pilihan - MATA
Ia mampu menjadi kekuatan kepada sektor pelancongan negara dalam menghadapi persaingan dengan negara-negara jiran.

MATA cadang agensi menipu jemaah haji dikenakan hukuman penjara
Bagi mengelakkan ditipu, bakal jemaah haji yang berurusan dengan agensi pelancongan boleh menghubungi pihak MATA sekiranya mempunyai keraguan.

Pemain industri pelancongan diingatkan tidak abai SOP - MATA
Mutu perkhidmatan industri pelancongan tempatan harus setanding dengan penggiat sektor itu di negara jiran bagi menyambut kedatangan pelancong asing apabila sempadan negara dibuka dalam waktu terdekat

Industri pelancongan perlu perkasa perniagaan digital - MATA
Pemain industri pelancongan negara perlu fokus ke arah memperkasa perniagaan digital untuk membina semula industri berkenaan yang telah lama terhenti susulan pandemik COVID-19.

MATA cadang bentuk jawatankuasa khas babit NGO pelancongan, LADA
Jawatankuasa itu akan mengkaji dan memberi maklum balas yang bertujuan memperbaiki kekurangan serta mutu perkhidmatan bagi projek perintis gelembung pelancongan.