SUBANG JAYA: Taylor’s telah menganjurkan Taylor’s International Accounting Day 2022 (TIAD’22) buat julung kalinya dengan sokongan Institut Akauntan Malaysia (MIA) sebagai menghargai jasa dan bakti profesion perakaunan di Malaysia.
Timbalan Naib Canselor Dan Ketua Pegawai Akademik Taylor’s University, Professor Dr Pradeep Nair berkata selain didedikasikan buat mereka yang berprofesion perakaunan, inisiatif ini dilaksanakan bagi memberi inspirasi kepada golongan muda akan peluang kerjaya dalam bidang tersebut.
Jelasnya, inisiatif yang dilaksanakan oleh Pusat Pengajian Profesional dan Pengajian Perniagaan, Taylor's College ini melibatkan banyak organisasi bidang perakaunan bertauliah sekali gus berfungsi sebagai platform bagi para pelajar, graduan baharu dan profesional berkumpul untuk berkongsi pengetahuan dan mengembangkan rangkaian perhubungan mereka.
“Selama bertahun-tahun, kami telah meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar dalam program perakaunan kami untuk membolehkan mereka memperoleh kelebihan berdaya saing dalam dunia perakaunan menerusi kurikulum yang sentiasa ditambah baik dengan pelbagai pengalaman dari pakar yang profesional bagi membantu pelajar kami selangkah ke hadapan dalam pasaran.
“Baru-baru ini, Taylor's telah memperkenalkan Taylor's Centre of Accountancy Studies untuk memberi peluang kepada pelajar kami membina daya tahan dan kebolehsuaian dalam industri perakaunan.
“Kami juga komited untuk membina perkongsian dengan profesional dalam industri berkenaan yang terdiri daripada pelbagai organisasi termasuk Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Malaysian Institute of Certified Public Accountants - Chartered Accountants Australia and New Zealand (MICPA CA ANZ), Certified Practising Accountant Australia (CPA Australia), Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), KPMG Malaysia dan Crowe Malaysia serta banyak lagi,” katanya semasa Majlis Sambutan Taylor’s International Accounting Day 2022 (TIAD’22) di Taylor’s University, Subang Jaya baru-baru ini.
Majlis tersebut turut dihadiri Presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA), Datuk Bazlan Osman.
Selain itu, bersempena dengan sambutan Hari Perakaunan Antarabangsa yang jatuh pada 10 November setiap tahun, TIAD'22 turut meraikan akauntan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dari pelbagai badan perakaunan diiktiraf atas sumbangan kepada profesion dan negara menerusi anugerah ‘Taylor’s Accountants Of The Year’.
Antara mereka yang menerima penghargaan ialah Pegawai Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Alex Ooi Thiam Poh; Pengerusi CIMB Group Holdings Berhad, CIMB Bank Berhad dan CIMB Bank PLC, Datuk Mohd Nasir Ahmad; Pengarah Urusan, Perbankan Borong Kumpulan di RHB Banking Group, Tuan Syed Ahmad Taufik Albar; Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas TG Consulting Sdn Bhd, Theresa Goh; Ketua Perkhidmatan Kewangan Global, Experian Malaysia, Toh Beng Siew; Pengerusi Bukan Eksekutif, Tricor Malaysia, Dr Veerinderjeet Singh; dan Pengurus Besar Kanan, Strategi dan Transformasi Tenaga Nasional Berhad, Yasmin Mohd Ramzi.
Di samping itu, pada majlis yang julung kali diadakan, Taylor’s turut berbangga mengiktiraf sumbangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Institut Akauntan Malaysia kepada profesion perakaunan di Malaysia.
TIAD'22 telah ditaja oleh Penaja Berlian MICPA X CA ANZ manakala Penaja Platinum pula oleh GoKudos dan TraTax.
Selain itu, Penaja Emas TIAD’22 adalah ACCA, ATAREK Group, Baker Tilly Malaysia, Certified Practising Accountant Australia (CPA Australia), CROWE Malaysia, KPMG Malaysia, WHLK Group, dan YYC & Co.
Sementara itu, Penaja Perak adalah American Institute of Certified Professional Accountants (AICPA) & Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), CapBay, PKF Malaysia dan Urbach Hacker Young Malaysia(UHY Malaysia).
Untuk maklumat lanjut mengenai TIAD'22, sila layari https://bit.ly/3MphanH
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Sat Nov 12 2022

(Empat dari kiri) , Professor Dr Pradeep Nair, Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik Taylor's University dan Datuk Bazlan Osman, Presiden Institut Akauntan Malaysia bersama para pemenang Anugerah 'Taylor's Accountants of the Year'.

MBOR | Tawan puncak Kinabalu promosi Batik Selangor
Majlis Perbandaran Sepang berjaya mencatatkan nama dalam Malaysia Book Of Records selepas sekumpulan pendakinya berjaya menawan Gunung Kinabalu dengan berpakaian Batik Selangor. Pengiktirafan itu diperoleh menerusi “Most Participants Wearing Batik Selangor On Mount Kinabalu” dalam misi menawan Gunung Kinabalu 2.0.

Pembaharuan Sibu | Sarawak perlu kepakaran Belanda untuk selesai masalah banjir
Pelan pembaharuan Sibu sukar dicapai selagi masalah banjir yang kerap melanda bandar itu tidak selesai. Justeru delegasi Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Sarawak akan ke Belanda bagi berunding dengan sebuah syarikat bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Bantuan Persekolahan | Bertetapan membantu ibu bapa buat persiapan
Bantuan awal persekolahan kepada setiap murid mempersiapkan kelengkapan sebelum pembukaan sesi persekolahan Mac depan. Sambil berterima kasih , rata-rata ibu bapa menyifatkan bantuan itu bertepatan memandangkan mereka masih lagi terkesan dengan situasi ekonomi semasa selain kenaikan harga barang.

Pentadbiran Negeri | Beri tumpuan kepada perpaduan dan pembangunan rakyat
Datuk Seri Hajiji Noor menyeru semua pihak untuk terus menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terutamanya kepada rakyat. Tegas Ketua Menteri, dalam tempoh ini, tumpuan utama harus diberikan terhadap perpaduan dan pembangunan rakyat di Sabah.

Tuntutan Ditolak | Bukti tuntutan tidak berasas
Kerajaan Sabah menzahirkan pengharagaan kepada Mahkamah Perlembagaan Sepanyol atas keputusan menolak rayuan tuntutan individu mendakwa pewaris kesultanan Sulu terhadap sabah baru-baru ini. Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penolakan rayuan itu membuktikan bahawa tuntutan tersebut tidak berasas.

Banjir Kilat | Pelan jangka panjang dikenal pasti bagi atasi masalah
Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin dalam reaksinya berkata beberapa pelan jangka panjang telah dikenal pasti untuk mengatasi masalah ini. Beberapa cadangan sudah diajukan kepada pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran Sarawak. Antaranya naik taraf sistem perparitan dan pendalaman sungai di Kampung Simpok dan beberapa kampung lain yang berisiko banjir.

Tindakan tegas majikan hentikan pekerja tempatan untuk gajikan pekerja asing
Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing bukan untuk gantikan pekerja tempatan sebaliknya bagi memenuhi keperluan di sektor kritikal.

Banjir Kilat | Penduduk sifatkan bencana sebagai terburuk sejak 2003
Banjir kilat yang melanda Kampung Simpok Siburan pada Khamis malam adalah yang terburuk sejak 20 tahun lalu. Hujan lebat berterusan selama lima jam mengakibatkan paras air sungai berhampiran meningkat mendadak sehingga dua meter. Keadaan memaksa sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka di SK St Peter bagi menempatkan 158 mangsa yang teruk terjejas.

Hujan lebat lebih dua jam, Bandar Baharu dilanda banjir kilat
Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan lima belas buah rumah dimasuki air selain beberapa kawasan terjejas akibat banjir kilat di daerah Bandar Baharu.

Banjir | MAFS sedia bantu tampung kerugian petani
Bagi meringankan beban petani yang terjejas banjir Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Sabah bakal mengagihkan bantuan. Ia termasuk bantuan akibat kerosakan tanaman. Nilai bantuan adalah 50 peratus daripada jumlah kerugian yang dihadapi oleh petani.

Dua program baharu Taylor's University, mempersiapkan graduan penuhi pasaran digital
Gartner meramal sebanyak 70 peratus perusahaan khususnya sektor peruncitan bereksperimentasi dengan teknologi imersif dalam perniagaan mereka bagi manfaat kepada pengguna dan pertumbuhan perniagaan.

Pelajar timba pengalaman bidang perakaunan di Taylor's
Taylors telah menganjurkan program 'Inter-school Competition' bagi pelajar-pelajar sekolah menengah sempena Sambutan Hari Perakaunan Antarabangsa Taylors 2022 (TIAD'22) baru-baru ini.

Taylor's hargai profesion perakaunan di Malaysia
Taylors telah menganjurkan Taylors International Accounting Day 2022 (TIAD'22) buat julung kalinya sebagai menghargai jasa dan bakti profesion perakaunan.

QS-AUR 2023 : Taylor's University tempat ke-49 terbaik di Asia
Taylor's University terus cemerlang dengan menduduki tangga ke- 49 peringkat Asia dalam senarai siri QS Asia University Rankings 2023.

Taylor's University labur RM1 juta, bangunkan Makmal VORTEX XR
Taylor's University melabur lebih RM1 juta membangunkan Makmal VORTEX XR bagi mewujudkan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan lebih interaktif seiring pertumbuhan industri teknologi.

Taylor's University lancar Projek BacaBaca, sasar bantu komuniti B40
Selain keupayaan kemahiran membaca, inisiatif itu sekali gus meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan berkomunikasi.

Graduan merentasi pelbagai disiplin ilmu penuhi keperluan alam pekerjaan
Pandemik COVID-19 menimbulkan kesedaran dalam melahirkan graduan serba boleh di samping mengikut perubahan teknologi dan globalisasi.

QS-WUR 2023: Taylor's University terus cemerlang, naik 48 anak tangga
Ia menjadikan Taylor's University sebagai universiti swasta terbaik di Asia Tenggara untuk tiga tahun berturut-turut.

Literasi digital dan pendidikan golongan B40 tidak terabai
Makmal komputer itu turut dilengkapi peranti pembelajaran DuckiePi yang dibangunkan para pelajar di bawah projek Taylor's Me.reka Makerspace (TMM) melalui ekosistem Taylorsphere.

Taylor's University terus cemerlang, tangga ke-53 terbaik di Asia
Kedudukan tersebut menyaksikan peningkatan sebanyak 36 anak tangga berbanding pencapaian tahun lalu, menjadikan Taylors University sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara.