awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taylor's, universiti swasta terbaik di Malaysia

Haikal Raman
Haikal Raman
10/06/2020
03:24 MYT
Taylor's, universiti swasta terbaik di Malaysia
Pengiktirafan QS World University Ranking 2021 ini menjadikan Taylor's University sebagai sebuah universiti swasta terbaik di Malaysia.
Taylor’s University kini berada setaraf dengan universiti-universiti terbaik dunia setelah menduduki tangga ke-379 global dalam senarai siri QS World University Ranking 2021.
Kedudukan tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 135 anak tangga berbanding pencapaian tahun lalu, sekali gus menjadikan institusi pengajian tinggi itu sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia.
Timbalan Canselor dan Presiden Taylor’s University, Profesor Michael Driscoll berkata, pencapaian di peringkat global tersebut membuktikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh universiti diyakini semua pihak.
“Keputusan QS World University Ranking 2021 ini menunjukkan bahawa Taylor’s University sebagai sebuah universiti swasta terbaik di Malaysia. Ia turut mengiktiraf pendidikan bertaraf dunia yang kami tawarkan kepada para pelajar di Taylor’s.
Timbalan Canselor dan Presiden Taylor’s University, Profesor Michael Driscoll.
Timbalan Canselor dan Presiden Taylor’s University, Profesor Michael Driscoll.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua kakitangan, para pelajar dan rakan kerjasama Taylor’s di atas komitmen cemerlang dan berterusan yang mereka tunjukkan,” katanya kepada Astro AWANI di sini pada Selasa.
Pada awal tahun ini, universiti tersebut mengekalkan kedudukan sebagai 20 Terbaik di Peringkat Dunia dalam senaraian QS World University Rankings by Subject 2020 menerusi program Hospitaliti dan Pengurusan Liburan.
Menurut Driscoll, menerusi pengiktirafan itu, Taylor’s University menjadi satu-satunya universiti di Malaysia yang menduduki Ranking 20 Terbaik. Universiti tersebut kini turut berada dikedudukan ke-109 dalam QS Asia University Rankings 2020.
“Pencapaian terbaik berkenaan turut disusuli dengan pengiktirafan yang diterima Taylor’s University baru-baru ini sebagai QS 5 Stars bagi kualiti pembelajaran dalam talian yang dilaksanakan kepada para pelajar ketika tempoh penutupan kampus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.
“Pembelajaran secara online bertaraf dunia ini membolehkan para pelajar kami melengkapkan pengajian tanpa sebarang gangguan dan dapat bergraduasi mengikut tempoh dijadualkan,” ujarnya.
 Taylor’s University kini setaraf universiti-universiti terbaik di dunia setelah menduduki tangga ke-379 secara global bagi senarai siri QS World University Ranking 2021.
Taylor’s University kini setaraf universiti-universiti terbaik di dunia setelah menduduki tangga ke-379 secara global bagi senarai siri QS World University Ranking 2021.
Taylor’s University merupakan salah satu universiti Asia yang diiktiraf sebagai QS 5 Stars bagi pembelajaran secara dalam talian yang juga merupakan kategori penilaian baharu dalam QS Stars.
Ketika COVID-19 terus memberi impak kepada orang ramai dan negara di seluruh dunia, Taylor’s University meletakkan kesihatan dan keselamatan pelajar serta kakitangan sebagai keutamaan selain memastikan pembelajaran tetap diteruskan dari rumah.
Persekitaran Pembelajar Virtual (VLE) yang telah menerima pelbagai anugerah merupakan ekosistem yang mengandungi mikrosit bagi setiap subjek dengan ciri-ciri e-penilaian, e-pengajaran, e-penyerahan dan e-forum.
Topic Berkaitan
#Asia
#Astro
#Astro Awani
#COVID-19
#koronavirus
#Malaysia
#pendidikan
#PKP
#QS World University Ranking 2021
#ranking
#taylor's
#taylor's university
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan