awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TBQ Amal tarik balik laporan polis anak jagaan dikasari guru sekolah

Bernama
Bernama
06/12/2024
14:45 MYT
TBQ Amal tarik balik laporan polis anak jagaan dikasari guru sekolah
Pusat Jagaan Tenang Bersama Qadar (TBQ Amal) menarik balik laporan polis berkaitan isu pelajar di bawah jagaannya yang didakwa dikasari guru di sebuah sekolah di daerah ini. - Foto hiasan/PDRM
JOHOR BAHRU: Pusat Jagaan Tenang Bersama Qadar (TBQ Amal) menarik balik laporan polis berkaitan isu pelajar di bawah jagaannya yang didakwa dikasari guru di sebuah sekolah di daerah ini.
Pengasas TBQ Amal Herman Sudil berkata keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan kebaikan secara menyeluruh untuk semua pihak hasil daripada pertemuan yang dilakukan.
Beliau berkata pertemuan pertama berlangsung di sebuah balai polis semalam bersama guru besar serta guru terlibat dan disusuli hari ini melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan serta pihak sekolah.
"TBQ Amal juga memohon maaf atas salah faham. Terima kasih kepada semua pihak atas sokongan keprihatinan dalam memastikan kebajikan anak-anak terus terjaga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat semalam dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes seorang murid berusia 10 tahun yang didakwa dikasari guru sekolahnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular di Facebook dakwaan seorang murid ditampar, ditumbuk, direntap rambut dan diseret hingga ke pejabat sekolah oleh guru sekolah.
Pemilik akaun laman sosial terbabit mempersoalkan perbuatan itu kerana kanak-kanak berkenaan tidak mempunyai ibu bapa dan tinggal di rumah kebajikan masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TBQ Amal
#tarik balik laporan polis
#anak jagaan dikasari guru
#Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan