awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan terima laporan murid dipukul guru

Sinar Harian
Sinar Harian
06/12/2024
04:00 MYT
Polis sahkan terima laporan murid dipukul guru
Hantaran di Facebook yang mendakwa seorang murid 10 tahun dipukul guru sekolahnya.
JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung seorang murid berusia 10 tahun yang didakwa dipukul oleh guru sekolahnya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, laporan berhubung perkara tersebut diterima pada Khamis.
Raub berkata, pihak polis turut mengesan kenyataan yang dimuat naik di satu akaun media sosial Facebook berhubung perkara tersebut.
"Kita mengesahkan ada terima laporan berhubung kes tersebut pada 5 Disember 2024 dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Bagaimanapun, siasatan dirujuk kepada pihak pendakwa raya bagi mendapatkan arahan untuk menyiasat," katanya.
Sebelum ini, menerusi satu hantaran di Facebook, pemilik mendakwa seorang murid berusia 10 tahun ditampar, ditumbuk, direntap rambut dan diseret hingga ke pejabat oleh guru sekolahnya.
Dalam kenyataan tersebut, turut dinyatakan murid berkenaan tiada ibu bapa dan tinggal di sebuah rumah kebajikan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#guru pukul murid
#kes polis
#rumah kebajikan
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan