KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) akan melakukan siasatan dalaman bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam insiden beberapa anggota tentera disyaki didera anggota senior di sebuah kem di Sungai Petani, Kedah.
Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kes itu juga telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
"Kementerian amat memandang serius mengenai isu dera dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat serta terbukti bersalah sama ada secara langsung atau tidak dalam kes seumpama ini.
"Tindakan tegas juga akan diambil terhadap warga ATM sama ada individu atau mana-mana pihak yang sengaja mengeluarkan atau membuat dakwaan palsu sehingga boleh mencemarkan nama baik Mindef dan ATM," menurut kenyataan itu.
Menurut Mindef kes itu masih dalam siasatan lanjut pihak polis dan menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.
Baru-baru ini, satu video tular di media sosial berhubung laporan polis bertarikh 21 Julai 2023 berkaitan individu dipercayai anggota tentera mendakwa dirinya dan beberapa rakan telah didera secara fizikal oleh anggota senior di sebuah Kem di Sungai Petani, Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023
Tular sebelum ini berkaitan individu dipercayai anggota tentera mendakwa dirinya dan beberapa rakan telah didera secara fizikal oleh anggota senior di sebuah Kem di Sungai Petani, Kedah.- Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Anggota Tentera Darat ditemukan lemas di Tasik Empangan Linggiu
Mangsa dijumpai oleh unit skuba pada kedalaman 13 meter dengan kedudukan kira-kira tujuh meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
PRU15: Tentera Darat nafi kenyataan tular
TDM menafikan kenyataan yang tular di media sosial kononnya PTD membenarkan Menteri Kanan Pertahanan untuk berkempen di mana-mana kem tentera darat.
TikTok tular: Askar lakukan pendaratan payung terjun video lama
Penerjunan itu dilakukan ketika eksesais yang diadakan di Medan, Indonesia pada 7 hingga 12 Jun 2013.
TDM bina jambatan sementara ke SJSM
Jambatan 'Compact Bailey 200' itu sangat penting sebagai laluan pekerja TNB ke SJSM yang kini terpaksa menggunakan bot.
TDM pantau warga bermasalah elak jejas penugasan - PTD
Nasihat dan sesi bimbingan kaunseling juga dijalankan bagi memastikan pegawai dan anggota TDM sentiasa berada dalam keadaan baik sama ada dari aspek fizikal, mental dan rohaniah.
Tarantula, kenderaan berperisai mobiliti tinggi pertama negara
Kereta perisai ini telah melalui pelbagai ujian dari pasukan Tentera Darat serta Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi, Kementerian Pertahanan.
Pengambilan perajurit muda Tentera Darat tidak dikurangkan
Jumlah pengambilan perajurit muda tidak akan dikurangkan meskipun negara sedang berdepan pandemik COVID-19, kata Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zamrose Mohd Zain.
Tentera Darat dan PDRM bekerjasama sekat kegiatan Daish
Tentera Darat turut terbabit dalam usaha membanteras kegiatan pengganas Daesh di negara ini walaupun tidak secara langsung.
Dakwaan anggota tentera terbunuh hanya taktik musuh - Panglima Tentera Darat
Panglima Tentera Darat Malaysia hari ini berkata laporan media Filipina tentang lapan anggota keselamatan negara terbunuh, hanyalah taktik untuk lihat reaksi Malaysia.
Lembaga Siasatan Dalaman TDM ditubuh siasat insiden tentera ditembak di sempadan
Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menubuhkan sebuah Lembaga Siasatan Dalaman bagi menyiasat secara terperinci insiden anggotanya yang cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini.