Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat menggesa ICAO, badan penerbangan awam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meningkatkan peranannya bagi mengelak tragedi seperti MH370 dan MH17 berulang.
ICAO ialah Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, agensi khusus di bawah PBB bagi membangunkan standard antarabangsa dan mencadangkan amalan peraturan penerbangan awam antarabangsa.
"Tragedi jet MH17 terhempas sangat tragik. Dalam mendepani tragedi itu, sudah sampai masanya untuk ICAO menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin memandangkan ia sebuah badan kawal aturan PBB yang memantau penerbangan awam," katanya.
"Sebelum kejadian itu, tiada nasihat dikeluarkan oleh ICAO mengenai risiko terbang di ruang udara Ukraine, terutama di zon perang di Timur. Selepas berlakunya tragedi itu, walaupun dikritik masyarakat antarabangsa, ICAO masih berdiam diri."
Ong mengulas hakikat bahawa setelah hampir dua minggu pesawat MH17 terhempas, ICAO belum pun mengadakan mesyuarat tergempar majlis eksekutifnya, langkah yang dilakukannya selepas jet Soviet menembak jatuh pesawat syarikat penerbangan Korea Selatan pada 1983 dan kapal US menembak jet penumpang Iran pada 1988.
Ong ialah bekas Menteri Pengangkutan yang memain peranan penting memasukkan Malaysia sebagai anggota ICAO.
"Berdasarkan pengalaman MH17, MAS (Malaysia Airlines) wajar menimbang semula pergantungannya kepada IACO," kata Ong.
Mengulas kritikan ke atas MAS yang terbang di Ukraine, Ong berkata: "... MAS tidak harus dipersalahkan kerana ia bukan syarikat penerbangan tunggal yang terbang di ruang udara Ukraine. Ia hanya merupakan satu daripada beratus pesawat yang menggunakan laluan yang diluluskan itu."
Ong juga berkata kawalan trafik udara Ukraine juga perlu bertanggungjawab kerana memberikan pelepasan kepada Malaysia Airlines untuk terbang di ruang udaranya.
"ATC Ukraine perlu membuat penjelasan kepada masyarakat antarabangsa mengenai kewajarannya mengarahkan MH17 terbang pada paras lebih rendah pada 33,000 kaki dan tidak pada ketinggian 35,000 kaki yang ditetapkan sebelum itu.
"Saya bangkitkan perkara ini bukan untuk mencari salah siapa, namun bertujuan memastikan tiada perkara yang diketepikan dalam siasatan untuk mengetahui punca sebenar tragedi ini," kata Ong.
"Malaysia tidak sepatutnya dijadikan korban dalam konflik geopolitik membabitkan Rusia, Ukraine, US dan sekutunya.
"Mereka yang bertanggungjawab ke atas kejadian ini perlu dihukum kerana telah melakukan jenayah tidak berperikemanusiaan, perbuatan keji dan tidak bertamadun dengan menembak jatuh jet awam."
Sementara itu, dua anggota parlimen (MP) menggesa Malaysia mengkaji semula nasihat ICAO.
MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyuarakan kebimbangannya dan berkata MAS wajar melakukan analisis risiko bebas bagi laluannya.
"Jangan bergantung sepenuhnya kepada ICAO. Saya menggesa kerajaan mengkaji semula perkara ini dan memastikan kita dapat menjamin keselamatan pesawat-pesawat kita," katanya.
MP Seremban Anthony Loke turut berkongsi sentimen Mahfuz dengan menggesa MAS supaya tidak bergantung sepenuhnya ke atas garis panduan ICAO.
"ICAO juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa bukan bidang kuasanya untuk memutuskan laluan mana yang selamat atau tidak.
"Oleh itu kita tidak wajar bergantung kepada mereka (ICAO)... kita perlu gunakan pendekatan baharu," kata Loke.
Beberapa kumpulan juruterbang sangat kritikal terhadap analisis risiko semasa dan proses makluman.
Penerbangan Malaysia Airlines 17 "mendedahkan kelemahan ketara - jika tidak pun kegagalan - risiko penilaian dan ancaman antarabangsa dalam penerbangan awam," kata Nico Voorbach, Presiden Persatuan Kokpit Eropah yang mewakili para juruterbang.
Kontroversi mengenai sejauh mana amaran keselamatan dikeluarkan atau disahkan merupakan kegagalan besar dalam siasatan penerbangan MH17. Penyiasat Belanda berkata mereka mahu menyiasat keputusan dan amalan syarikat penerangan membabitkan amaran mengenai zon perang.
ICAO pada masa ini mempunyai peranan yang terhad dan tidak boleh membuka atau menutup ruang udara. Pada mesyuarat baru-baru ini, badan penerbangan awam PBB itu berkata ia akan segera menubuhkan pasukan petugas mengenai keselamatan syarikat penerbangan, dan menyatakan bahawa walaupun ia kompleks dan sensitif dari segi politik, tindakan segera perlu diambil selepas MH17 terhempas.
ICAO, bersama-sama industri penerbangan dan kumpulan penerbangan lain berkata mereka akan mengkaji sejauh mana maklumat keselamatan boleh dikumpul dan disebarkan dengan betul.
Badan itu akan mengadakan persidangan keselamatan pegawai atasan pada Februari 2015 untuk membincangkan perkara itu.
Bernama
Fri Aug 01 2014
Tan Sri Ong Tee Keat berkata tragedi jet MH17 terhempas sangat tragik.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
Bukan hanya MAS pernah alami gangguan teknikal - Loke
Masalah sama pernah melanda Cathay Pacific, Singapore Airlines dan Thai Airlines namun beliau hairan mengapa hanya isu berkaitan MAS diperbesarkan.
Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Kes Daim: SPRM panggil Tajudin Ramli, siasat transaksi MAS - Laporan
Tokoh perniagaan, Tan Sri Tajudin Ramli, dilaporkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung transaksi syarikat penerbangan MAS.
Tiada campur tangan, 'entiti' atau kemelut dalaman - Hannah
Komunikasi antara atlet, jurulatih dan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) perlu dipertingkatkan bagi mengelak isu kegagalan di Doha berulang.
Adakah satu tiket penerbangan hanya boleh digunakan satu telefon bimbit? - Ka Siong
Beliau berkongsi kisah seorang wanita cemas apabila bapanya tidak menaiki pesawat di lapangan terbang itu.