awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tee Keat mungkin tanding sebagai calon bebas

Markus Lim
Markus Lim
17/04/2013
12:06 MYT
Tee Keat mungkin tanding sebagai calon bebas
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Menurutnya, sebarang tindakan yang diambil beliau akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat Pandan.
“Saya tidak mempunyai banyak pilihan dalam hal ini. Tindakan mereka untuk menggugurkan pencalonan saya di Pandan memaksa saya untuk memikirkan jalan alternatif lain.
“Apapun tunggu sahaja… saya akan membuat keputusan yang sewajarnya bila tiba masanya nanti, ‘’ kata Tee Keat kepada Astro Awani ketika ditemui di Pusat Khidmatnya di Pandan Indah petang Rabu.
Sekiranya Tee Keat disahkan bertanding sebagai calon Bebas, beliau dijangka bertembung dengan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli dan calon dari MCA, Gary Lim.
Mantan Menteri Pengangkutan itu telah berkhidmat selama lima penggal sebagai wakil rakyat di Ampang Jaya antara 1989 hingga 2004 dan Pandan dari 2004 hingga sekarang.
Pengguguran Tee Keat daripada senarai calon MCA di Pandan cukup mengejutkan memandangkan beliau disebut-sebut sebagai calon boleh menang.
Malahan, satu dapatan yang dikendalikan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Fuad Mat Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini mendapati, Tee Keat jauh mendahului calon-calon lain seperti Rafizi dan Gary sebagai calon pilihan rakyat Pandan.
Seramai 66.3% memilih Tee Keat manakala hanya 22.4 peratus memilih Rafizi. Selain itu, 61.2% responden yang ditemui bersetuju bahawa Tee Keat harus dikekalkan sebagai calon bagi kawasan Parlimen Pandan P.100 pada PRU ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Tee Keat menjadi calon tunggal dari MCA di Selangor yang berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pandan biarpun berlakunya tsunami politik yang menyaksikan ramai pemimpin tertinggi MCA tumbang termasuk Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Donald Lim Siang Chai.
Tee Keat menewaskan Syed Syahir Syed Mohamud dari PKR dengan undi majoriti melebihi 2,900 undi.
Topic Berkaitan
#GE13
#Ong Tee Keat
#PANDAN
#pilihan raya
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan