Teguran pedas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap orang Melayu dilihat agak terlambat dan silap tuju.
Pemerhati politik, Dr Amini Amir Abdullah berkata sepatutnya teguran itu dibuat ketika Tun Mahathir berada di Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di KLCC, minggu lalu.
“Saya fikir Tun Mahathir agak terlewat menegur orang Melayu kerana dalam majlis sambutan ulang tahun ke-2 Bersatu, ucapan itu seolah-olah dituju kepada ahli-ahli Bersatu.
“Sepatutnya beliau menyuarakan perkara ini dalam Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di KLCC minggu lepas.
“Saya sendiri berada di sana ketika itu tapi beliau tidak menyuarakan perkara ini. Ketika itu Tun ada suarakan tentang orang Melayu tidak ada ketuanan Melayu kerana orang Melayu masih cuci kasut bangsa asing,” katanya kepada Sinar Harian.
Malam semalam, Tun Mahathir dalam ucapan sempena ulang tahun kedua Bersatu menggariskan kesalahan yang perlu diakui dan diperbetulkan oleh orang Melayu.
Ini termasuk orang Melayu tidak kuat bekerja, kurang menguasai ilmu dan maklumat, muda mungkir janji, tidak mahu kalau tidak bayar hutang dan tidak peduli sekiranya dianggap tidak amanah.
BACA: Melayu perlu mengaku salah apabila tidak kuat bekerja - Dr Mahathir
BACA: Wahai Melayu, inilah senarai kesalahan yang perlu dibetulkan kalau mahu berjaya
Dalam pada itu, Amini berkata kritikan Tun Mahathir itu bukan pertama kali yang ditujukan kepada kaum Melayu.
“Ini merupakan pengulangan kritikan pedas Tun terhadap orang Melayu. Saya masih ingat dalam bukunya Dilema Melayu, Tun kata orang-orang Melayu ini malas, tidak kuat bekerja dan tidak berapa cerdik kerana berkahwin dengan sepupu.
“Tapi Tun juga harus sedar, orang Melayulah yang usahakan bendang sampai menjadi salah satu makanan ruji kita. Orang Melayu yang usahakan Felda sampai menjadi salah satu eksport komoditi utama negara kita,” katanya.
Namun katanya, orang Melayu perlu mengambil positif teguran tersebut dengan melakukan transformasi diri.
“Maksud saya orang-orang Melayu perlu ubah persepsi mereka terhadap pekerjaan, tanggungjawab sebagai warganegara, tanggungjawab terhadap majikan dan seumpamanya.
“Orang Melayu perlukan anjakan paradigma dalam pemikiran mereka untuk mengubah cara bekerja dan seumpamanya.
“Saya fikir orang Melayu perlu menceburi bidang keusahawanan dan menyahut seruan Tun ini sebagai satu cabaran untuk mengubah sikap, cara bekerja, pemikiran, kualiti dan sebagainya,” katanya.
Katanya, Tun Mahathir masih mempunyai masa untuk menggerakkan sesuatu bagi membantu kaum Melayu sebelum baton bertukar tangan.
Sinar Harian
Tue Sep 11 2018
Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam, 8 Sept, 2018. Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan
Armada Bersatu mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.
Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.
Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding
Muhyiddin kekal Presiden Bersatu manakala Hamzah mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
Wan Fayhsal panik, cuba salahkan pihak luar - Fahmi
Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang mendakwa media rasmi PKR, Suara Keadilan, menyunting klip video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah reaksi 'panik'.
PRK Nenggiri: Bersatu akui sukar pilih calon bertanding
Mohd Radzi berkata, setiap keputusan dilakukan dengan penuh cemerlang kerana Bersatu tidak mahu sejarah berulang kembali.