PUNCAK ALAM: Kaedah pensterilan (retort) makanan merupakan inovasi yang mampu membantu memanjangkan ketahanan sesuatu hidangan agar ia boleh dimakan pada bila-bila masa terutamanya waktu kecemasan seperti bencana.
Ummu Habibah Idrus, 35, yang merupakan antara usahawan menawarkan khidmat pensterilan makanan berkata teknik tersebut melibatkan proses memanaskan makanan pada suhu 121 darjah Celcius dalam periuk khas bagi membasmi kuman.
"Selalunya makanan yang baru dimasak boleh bertahan hingga empat jam, namun jika ia melalui proses retort ia tahan hingga dua tahun.
"Ia sama seperti proses pengetinan, tapi bagi saya yang menggunakan kaedah ini dalam skala kecil, saya simpan makanan dalam beg aluminium atau balang kaca," katanya kepada Bernama.
Ummu Habibah, yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), mula menawarkan perkhidmatan pensterilan makanan setelah beliau mempelajari teknik tersebut pada 2020 bagi tujuan memanjangkan jangkat hayat produk sos pasta buatannya.
Menurutnya amalan pensterilan makanan adalah normal di negara yang mengalami musim sejuk terutamanya dalam kalangan petani yang mempunyai hasil tuaian banyak untuk memastikan ia tahan lama.
Beliau berkata teknik itu juga mampu memastikan makanan bertahan lebih lama pada suhu bilik tanpa menggunakan bahan pengawet.
Dalam pada itu, Ummu Habibah tidak menyangka perkhidmatan pensterilan makanan yang diusahakan dan dipromosikan menerusi aplikasi TikTok bermula Okt 2021, mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa yang ingin membekalkan masakan dari rumah untuk anak mereka di asrama.
Katanya perkhidmatan itu juga disambut baik oleh bakal jemaah umrah yang menghantar makanan mereka untuk disteril bagi dijadikan bekalan ketika menunaikan ibadah tersebut di tanah suci.
Menurutnya lagi unit beruniform seperti tentera dan keluarga yang ingin bercuti ke luar negara juga membeli produk makanan yang telah menjalani proses retort daripadanya.
"Teknik retort ini juga asalnya diwujudkan untuk memanjangkan hayat makanan bagi pasukan askar di luar negara. Walaupun pengetahuan tentang amalan retort kurang diketahui di Malaysia, ia dilihat semakin berkembang sejak tahun lepas," katanya.
Selain sos pasta yang merupakan produk asal keluaran beliau, Ummu Habibah kini turut mengeluarkan produk makanan sedia dimakan seperti kari ayam, kurma ayam, ayam lada hitam, ayam masak merah dan bubur nasi di Pusat Astana Niaga di Bandar Puncak Alam, di sini.
Harapan beliau supaya lebih ramai mengetahui tentang teknik pensterilan makanan ini di Malaysia kerana ia tidak sukar untuk dilakukan.
"Kita biasa nampak usahawan sahaja yang buat, sedangkan ibu-ibu juga boleh melakukannya. Masyarakat perlu melihat makanan yang dihasilkan melalui proses ini adalah bagus dan tidak sama seperti makanan yang diproses," katanya.
Ummu Habibah turut berazam memasarkan produk keluarannya di pasar raya tempatan agar setanding dengan jenama terkenal, pada tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2023
Ummu Habibah bergambar bersama produk makanan retortnya selepas sesi temu bual bersama wartawan Bernama mengenai perniagaannya di Bandar Puncak Alam. -Bernama
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
Teknik pensterilan bantu panjangkan jangka hayat makanan
Kaedah pensterilan (retort) makanan merupakan inovasi yang mampu membantu memanjangkan ketahanan sesuatu hidangan agar ia boleh dimakan pada bila-bila masa terutamanya waktu kecemasan seperti bencana.