awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TEKUN Nasional salur pembiayaan RM98.9 juta kepada usahawan Sabah - Ewon

Bernama
Bernama
22/09/2024
04:40 MYT
TEKUN Nasional salur pembiayaan RM98.9 juta kepada usahawan Sabah - Ewon
TEKUN Nasional akan terus komited dalam membantu usahawan informal dan mikro dalam menyediakan pembiayaan serta pembangunan usahawan, kata Ewon Benedick. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyalurkan pembiayaan sebanyak RM98.9 juta kepada 4,400 usahawan informal dan mikro di Sabah pada tahun ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, jumlah berkenaan melebihi sasaran iaitu RM84.5 juta.
"Pembiayaan RM98.9 juta itu termasuk RM1.91 juta yang disalurkan kepada 480 usahawan yang berniaga di Pasar Tamu.
"TEKUN Nasional akan terus komited dalam membantu usahawan informal dan mikro dalam menyediakan pembiayaan serta pembangunan usahawan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat TEKUN Sabah dan Pejabat TEKUN Cawangan Kota Kinabalu, di sini, hari ini.
Ewon berkata, sejak diwujudkan pada 1998 hingga kini, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan kepada 587,216 usahawan yang bernilai RM9.7 bilion di seluruh negara.
"Bagi negeri Sabah, TEKUN Nasional telah menyalurkan RM1.1 bilion kepada 64,313 usahawan bagi tempoh yang sama melalui 25 pejabat TEKUN Cawangan," katanya.
Sementara itu, Ewon berkata, pembukaan pejabat TEKUN Sabah di lokasi yang baharu ialah langkah memperkukuh kedudukan serta memberi manfaat kepada para usahawan bagi seluruh Sabah khususnya di Kota Kinabalu.
"Ini merupakan inisiatif penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan dan saya yakin TEKUN Nasional akan terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatannya kepada masyarakat terutama usahawan informal dan mikro di seluruh negara," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#TEKUN Nasional
#Usahawan Sabah
#usahawan informal dan mikro
#Ewon Benedick
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan