awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Telegram View Once kini boleh digunakan untuk mesej suara dan video

Amanz
Amanz
04/02/2024
08:31 MYT
Telegram View Once kini boleh digunakan untuk mesej suara dan video
Ciri View Once boleh digunakan untuk mesej suara dan video pula melalui kemas kini baharu. -Amanz
TELEGRAM telah memperkenalkan ciri View Once pada September 2023, namun hanya boleh digunakan untuk fail berbentuk media seperti gambar.
Namun sekarang, ciri tersebut boleh digunakan untuk mesej suara dan video pula melalui kemas kini baharu.
Ini bermakna mana-mana mesej dalam bentuk suara atau video yang dihantar akan dipadam secara automatik selepas dibuka sekali.
Berfungsi sama seperti sebelum ini, pengguna boleh memulakan rakaman mesej dengan mengetik ikon mikrofon.
Kemudiannya leret ke atas untuk mengunci rakaman dan tekan ikon “View Once” sebelum menghantar.
Dengan ini, penerima hanya akan boleh mendengar mesej suara, atau melihat mesej video yang dihantar sekali sahaja sebelum dipadam secara automatik.
Selain daripada itu, Telegram juga telah melancarkan sejumlah kemas kini penting lain, yang termasuk keupayaan menjeda dan sambung semula rakaman untuk kedua-dua mesej suara atau video.
Diikuti juga fungsi carian lebih baik, dan antara muka kenalan yang dikemas kini dengan warna serta emoji menarik.
Pengguna juga dapat melihat masa yang tepat beserta tarikh dan waktu bila mesej dihantar telah dibaca oleh penerima.
Bagi pengguna premium pula, anda kini boleh menyembunyikan masa membaca tersebut, selain juga memilih siapa yang boleh menghantar mesej terlebih dahulu, sama ada semua orang atau kenalan sahaja. -Amanz
Topic Berkaitan
#Telegram
#View Once
#mesej suara dan video
#fail berbentuk media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan