Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua kementerian dan agensi-agensi di bawahnya meneliti cadangan yang diutarakan rakyat dalam laman #Bajet2017.
Perdana menteri berkata tindakan itu perlu kerana banyak cadangan yang diberikan rakyat dalam laman khas itu berkait dengan urusan kementerian.
"Ini pandangan dan pendapat rakyat, perlu semua ambil maklum," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya hari ini.
Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan pada masa sama berkata setakat ini, laman khas itu telah berjaya menerima ribuan cadangan baik daripada rakyat.
"Terima kasih, cadangan baharu amat dialu-alukan sebelum tarikh tutupnya pada 19 September," katanya.
Idea yang telah disumbangkan setakat ini merangkumi topik seperti kos sara hidup, perkhidmatan penjagaan kesihatan, perumahan dan kehidupan bandar, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan ekonomi dan pendidikan.
Seorang penyumbang idea, Khairul Annuar mencadangkan agar kerajaan menaik taraf perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan menambah laluan baharu serta kekerapan perkhidmatan tren KTM Komuter.
"Ini kerana apabila tren antara bandar dapat dipercepatkan dan ditambah kekerapan maka lebih ramai akan beralih hidup di luar bandar atau di kawasan kampung (bandar kecil) walaupun mereka bekerja di Lembah Klang," katanya yang memuat naik cadangan itu dalam laman khas #Bajet2017 hari ini.
Orang ramai masih boleh memberikan sebarang cadangan bernas mengenai Bajet 2017 dalam laman khas https://bajet2017.najibrazak.com yang diperkenalkan sejak 5 Sept lalu, sebelum 19 Sept ini.
Bajet 2017 akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Okt ini. -Bernama
Bernama
Thu Sep 15 2016
Perdana menteri berkata tindakan itu perlu kerana banyak cadangan yang diberikan rakyat dalam laman khas itu berkait dengan urusan kementerian. -Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan mungkin perlu ubah suai bajet 2017 - Taxand Malaysia
Kerajaan mungkin perlu mengubahsuai Bajet 2017 pada tahun depan, memandangkan senario ekonomi mungkin tidak begitu menarik pada masa itu, kata Pengerusi Taxand Malaysia Dr Veerinderjeet Singh.
Bajet 2017: Pengurangan peruntukan KPT perlu dilihat secara positif - Idris Jusoh
Pengurangan peruntukan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Bajet 2017 perlulah dilihat secara positif.
Bajet 2017: PM umum bayaran khas RM500 kepada penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan yang akan dibayar pada awal Januari 2017.
Bajet 2017: Peruntukan RM25 bilion bagi program kesihatan
Sejumlah RM25 bilion diperuntukkan oleh kerajaan dalam Bajet 2017 bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan di negara ini.
Bajet 2017: MyBeautiful New Home bagi kumpulan B40
Kerajaan menyediakan peruntukkan sebanyak RM200 juta untuk projek MyBeautiful New Home khusus bagi kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
Bajet 2017: Insentif diskaun untuk peminjam PTPTN
Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diberi insentif diskaun bagi menggalakkan mereka membuat bayaran balik.
Bajet 2017: Anggota Parlimen pembangkang keluar Dewan
Sebahagian anggota Parlimen dari pakatan pembangkang hari ini bertindak keluar dewan ketika pembentangan Bajet 2017.
Bajet 2017: Kadar GST kekal 6 peratus
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dinaikkan.
Bajet 2017: Kadar BR1M dinaikkan
Kerajaan menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) meliputi semua empat golongan penerima.
Bersatu bina ekonomi berdaya saing, berdaya tahan hadapi 2017 - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai sebuah negara terbuka, Malaysia perlu bersedia menghadapi risiko luaran yang boleh menggugat pertumbuhan ekonominya