awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teliti rantaian pasaran bantu usahawan kecil dan sederhana bertahan

Kenyataan Media
Kenyataan Media
29/06/2021
15:39 MYT
Teliti rantaian pasaran bantu usahawan kecil dan sederhana bertahan
Laporan bahawa puluhan ribu peniaga terpaksa tutup operasi dan pekerja berkaitan terpaksa diberhentikan, sangat meruncing. - Gambar hiasan
KAMI menggesa kerajaan mengambil kira seluruh rangkaian dan rantaian pasaran ketika menetapkan senarai sektor komersial yang perlu atau tidak ketika menetapkan PKP.
Kami sangat prihatin dengan keadaan perniagaan sederhana dan kecil yang terkesan sangat kritikal bila PKP diisytiharkan.
Laporan bahawa puluhan ribu peniaga terpaksa tutup operasi dan pekerja berkaitan terpaksa diberhentikan, sangat meruncing.
Kami mendapati banyak sektor yang dikategori sebagai bukan keperluan utama telah terjejaskan akibat rantaian perniagaan dan pasaran tidak diambil kira.
Bengkel kenderaan, termasuk dalam kategori perlu, tetapi kedai bekalan alat ganti tidak termasuk dalam senarai perlu. Bagaimana bengkel kenderaan boleh berfungsi jika mereka tidak dapat membeli alat ganti?
Demikian juga dengan kedai buku dan alat tulis bukan kedai yang perlu tetapi pembelajaran PDPR sangat bergantung kepada pelbagai alat tulis dan membuat fotokopi salinan nota.
Kedai runcit dibenarkan tetapi ada pembekalan barang kepada kedai runcit tidak diluluskan beroperasi.
Kami menggesa supaya pihak berkuasa semak kembali senarai perlu dan yang tidak perlu berdasarkan rantaian pasaran.
Adalah sangat tidak wajar jika ketentuan senarai perniagaan perlu atau tidak, mengetepikan rantaian pasaran.
Apabila faktor rantaian dalam pasaran ini tidak diperkirakan banyak perniagaan akan gulung tikar kerana tidak mampu bertahan menanggung beban kos perniagaan dan terputus bekalan.
Kami menggesa kerajaan meneliti bagaimana sektor perniagaan kecil dan sederhana dapat dilindungi daripada menanggung kesan negatif akibat PKP.

Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
Topic Berkaitan
#rantaian pasaran
#usahawan
#PKP
#PKS
#usahawan kecil dan sederhana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan