KUALA LUMPUR: Pembelian panik dalam kalangan pengguna terhadap telur papan dikenal pasti antara punca kekurangan bekalan mentah itu di ibu negara.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata meskipun begitu pihaknya tidak menafikan berlaku kekurangan bekalan telur ketika ini.
Sehubungan itu pihaknya akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan berkala setiap hari dengan kekuatan 90 pegawai penguat kuasa serta 83 pegawai pemantau harga KPDNHEP terhadap pemborong, pembekal utama, pasar awam, pasar raya dan kedai runcit.
Menurut Ariffin, selain ada pihak yang membuat pembelian panik, ada juga pasar raya yang mengambil pendekatan mengehadkan pembelian telur papan bagi setiap pelanggan meskipun tiada arahan dikeluarkan pihak KPDNHEP.
Selain itu katanya tiada aduan rasmi diterima pihaknya berhubung kekurangan telur.
Sementara itu mengenai dakwaan bekalan telur yang disorok sehingga busuk, beliau berkata, isu itu tidak timbul memandangkan bahan mentah berkenaan mempunyai tarikh luput yang singkat iaitu paling lama kira-kira sebulan.
Malah aduan mengenai isu kenaikan harga makanan asas itu juga tidak diterima sehingga kini biarpun masalah itu sudah tular secara meluas di media sosial.
“Aduan telur busuk di Kuala Lumpur pun kita tak terima lagi, masih tidak nampak lagi. Tak ada orang datang mengadu kata beli telur satu papan busuk, tak ada lagi.
“KPDNHEP menafikan dakwaan bahawa bekalan telur tak cukup dan menafikan bahawa telur ini busuk. Telur ini kalau simpan lama dia busuk, jadi tak mungkin ada orang nak smuggle telur, tak mungkin, tak berlaku (sorok telur),” katanya.
Ariffin berkata demikian selepas memantau bekalan telur papan di sebuah pasar raya di Setiawangsa, ibu negara siang tadi.
Selain pembelian panik, pihaknya juga mengakui Kuala Lumpur tidak mempunyai pengeluar telur.
Katanya berikutan bekalan telur atau pengeluaran telur adalah dalam bidang kuasa Kementerian Pertanian Asas Tani (MAFI), KPDNHEP hanya memastikan bekalan telur itu ada di pasar raya selain memastikan peniaga mematuhi harga yang ditetapkan.
Pihaknya juga katanya akan membawa aduan kekurangan bekalan telur ini kepada MAFI bagi memastikan bekalan mencukupi di pasaran.
Justeru pihaknya berhadap masyarakat tidak membuat pembelian panik, sebaliknya membeli mengikut keperluan.
Beliau juga mengingatkan agar masyarakat yang mempunyai maklumat berkenaan kekurangan bekalan telur dan telur busuk segera melaporkan kepada pihaknya secara rasmi.
Ia bagi memastikan proses penyiasatan itu dapat dijalankan secara telus.
Astro Awani
Tue Nov 29 2022

Ariffin (kiri) menunjukkan jangka hayat telur ketika pemantauan bekalan telur di sebuah pasaraya di Setiawangsa hari ini. - Foto BERNAMA

NCCIM gesa kerajaan pertimbang langkah alternatif berhubung kenaikan surcaj elektrik
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah dasar alternatif berikutan pengumuman kenaikan drastik surcaj tarif elektrik.

Gempa bumi Turkiye-Syria: UNESCO bimbang kerosakan pada tapak warisan
UNESCO mengambil berat mengenai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai "Warisan Dunia dalam Bahaya."

Penyelidik New Zealand hasilkan kajian terbaru mengenai bahaya banjir glasier
Tasik ini bahaya bagi mereka yang tinggal di hilir kerana banjir boleh berlaku secara tiba-tiba akibat kegagalan empangan semula jadi.

Tanah Runtuh | 40 maut, puluhan cedera di Peru
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tragedi MH17 | Putin didakwa luluskan bekalan peluru berpandu tembak jatuh pesawat
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Lawatan Rasmi PM | Respons positif petanda hubungan baik Malaysia, negara jiran
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluahkan kegembiraan selepas melihat lawatan Perdana Menteri ke negara-negara jiran sebelum ini berjalan lancar dan menerima sambutan baik.

Lawatan Rasmi PM | Teroka Ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand
Hal-hal ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand turut menjadi fokus lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Lawatan Rasmi PM | Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand pada 9 dan 10 Februari ini.

Parlimen Gua Musang | Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, Pegawai Pengurus
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Gempa Turkiye | Tindak balas operasi menyelamat dipercepatkan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui terdapat sedikit masalah dalam tindak balas pasukan penyelamat pasca gempa bumi yang menggegarkan selatan negara itu.

Kekurangan bekalan telur semakin pulih - Mohamad Sabu
Kekurangan bekalan telur di pasaran negara ini semakin pulih susulan langkah sementara yang diambil kerajaan membenarkan telur diimport, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Import telur dari India hanya sementara, bukan kekal - Mohamad Sabu
Mengimport telur tidak kekal, kerajaan sedang rancang langkah memastikan bekalan dalam negara mencukupi.

Bekalan telur ayam di Melaka pulih susulan kemasukan telur import
Orang ramai khususnya peniaga kuih raya diminta tidak melakukan pembelian secara pukal terutama menjelang sambutan perayaan.

Bekalan telur di Pulau Pinang mencukupi - KPDN
OP Terjah yang dijalankan KPDN mendapati bekalan telur ayam mencukupi iaitu sebanyak 50 hingga 60 peratus berbanding sebelum ini.

40 premis di Selangor kekurangan bekalan telur ayam
Ia dikesan hasil pemeriksaan ke atas 110 premis membabitkan pasar awam, pasar mini, kedai runcit, gerai penjaja kecil dan kedai makan di negeri itu.

Pasar raya, kedai runcit di lima negeri berdepan kekurangan bekalan telur ayam
Bekalan telur ayam di pasar raya dan kedai runcit di lima negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Melaka dilihat semakin meruncing

Import telur ayam bukan penyelesaian masalah, hentikan eksport - Ameer Mydin
Rancangan kerajaan untuk mengimport telur ayam bagi menyelesaikan kekurangan bekalan dalam pasaran bukan penyelesaian masalah menampung keperluan di negara ini.

Isu bekalan telur, minyak masak bersubsidi: Salahuddin bermesyuarat dengan MAFI esok
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub akan mengadakan mesyuarat dengan MAFI esok bagi membincangkan isu bekalan telur dan minyak masak paket bersubsidi.

Kekurangan bekalan telur di Johor kerana pasaran luar, eksport
Kekurangan bekalan telur ayam dalam pasaran disifatkan belum mencapai tahap kritikal sebaliknya keadaan itu disebabkan peningkatan permintaan di Melaka dan N. Sembilan serta eksport ke Singapura.

65 peratus bekalan telur di Selangor masih ada - KPDNKSH
Ketua penguat kuasa KPDNKSH Selangor berkata, kekurangan bekalan telur secara fizikal di Selangor ketika ini hanya bersifat sementara.