MALAYSIA
Tembok sempadan Kelantan-Thailand mampu atasi isu penyeludupan - Ketua Polis Negeri

Cadangan pembinaan tembok itu telah lama dikemukakan kepada pihak atasan, namun belum direalisasikan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Pembinaan tembok atau pagar kekal di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand disifatkan sebagai penyelesaian paling berkesan dalam membanteras kegiatan penyeludupan di negeri ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Ringkasan AI
- Ketua Polis Kelantan mencadangkan pembinaan tembok kekal sepanjang sempadan Kelantan-Thailand sejauh 45 kilometer sebagai langkah paling berkesan membanteras penyeludupan, memandangkan hanya terdapat lapan pos kawalan di kawasan tersebut.
- Cadangan pembinaan tembok itu telah lama dikemukakan kepada pihak atasan, namun belum direalisasikan. Kawasan sempadan yang terlalu terbuka menyukarkan kawalan menyeluruh.
- Trend penyeludupan dadah kini berubah, dengan penyeludup membawa masuk dadah dalam kuantiti kecil berikutan larangan rentas sempadan melalui pangkalan haram. Pil yaba kekal sebagai dadah paling tinggi permintaan di Kelantan.
"Pada pandangan saya, hanya pembinaan tembok sempadan secara menyeluruh dapat menyelesaikan masalah ini sepenuhnya," katanya pada sidang media sempena Program Pelupusan Barang Kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan Tahun 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Beliau turut memaklumkan cadangan pembinaan tembok di sempadan berkenaan telah lama dikemukakan kepada pihak atasan.
Sementara itu, Mohd Yusoff berkata trend kemasukan dadah ke negeri ini kini menunjukkan perubahan, apabila penyeludup lebih cenderung membawa masuk bahan terlarang itu dalam kuantiti kecil berbanding jumlah besar seperti sebelum ini.
Katanya, perubahan itu berlaku susulan larangan rentas sempadan melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok.
"Jika dahulu kita membuat rampasan dalam jumlah besar, kini mereka lebih berhati-hati dan membawa masuk dalam jumlah kecil. Pun begitu, pil yaba masih kekal sebagai dadah yang paling tinggi permintaannya di Kelantan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami