Kawalan dan penguatkuasaan kawalan yang lebih ketat akan dilaksanakan terhadap penduduk di Zon Melor, Amanjaya hingga 27 September ini.
Ia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Secara Pentadbiran (TEMCO) yang bermula tengah malam tadi (Isnin).
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Assisten Komisioner Adzli Abu Shah menegaskan kawalan ketat itu termasuk menghentikan aktiviti jualan di premis di dalam zon berkenaan, penutupan pengoperasian Pasar Segar Terkawal (PST), selain penambahbaikan ke atas Pasukan Peronda Polis (PROLA).
"Kali ini segala aktiviti dihentikan, banyak kedai di Zon Melor dihentikan. Di situ keperluan tingkatkan PROLA supaya tidak ada orang keluar, macam semasa PKP dahulu," kata Adzli.
Katanya lagi, satu sekatan jalan raya (SJR) turut dilaksanakan di Pintu Masuk Zon Melor selain pengoperasian Pos Kawalan di sepanjang kawasan sempadan Zon Mawar-Zon Melor.
"Saya dan pegawai akan adakan pos kawalan 24 jam bersama polis dan tentera. Ada 1 SJR (sekatan jalan raya), pos kawalan dan PROLA," kata Adzli.
Kawat duri dan penghadang batu konkrit juga telah dipasang sejak malam tadi dengan bantuan beberapa agensi lain termasuk pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Kerja Raya (JKR).
Menurut Adzli, inisiatif terbabit bertujuan menambahkan tahap kepatuhan penduduk di Zon Melor serta memastikan penularan COVID-19 khususnya melalui Kluster Tawar tidak merebak ke kawasan lain.
Tambah beliau, kesemua penduduk di zon berkenaan hanya akan dipakaikan gelang berwarna merah jambu sahaja dan tiada individu dibenarkan keluar dari rumah masing-masing.
Dalam perkembangan sama, Pegawai Daerah Kuala Muda, Abdullah Hashim menjelaskan pihaknya kini tidak lagi memberi kebenaran kepada mana-mana pihak termasuk pemimpin setempat, individu perseorangan ataupun Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menyalurkan bantuan secara terus kepada penduduk terlibat.
Tegas beliau, semua jenis bantuan wajib disalurkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sebelum diagihkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga Zon Melor.
Tambahnya, pihaknya akan memastikan kesemua 2,529 penduduk menerima bantuan secara berterusan daripada pihak bertanggungjawab sehingga tempoh TEMCO di Zon Melor tamat 27 September depan.
"Mulai esok kita akan perketatkan lagi agihan untuk bantuan. Tidak dibenarkan lagi NGO untuk beri bantuan kepada pendudul di sini kecuali melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja.
"Mereka pun tidak dibenarkan datang ke lapangan, kita hanya benarkan mereka beri kepada JKM, dan JKM akan agihkan dengan bantuan Rela dan JPAM."
Terdahulu, Polis Daerah Kuala Muda sebelum mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan Pasukan Peronda Bermotosikal (PROLA) untuk melakukan pemantauan di tiga zon sekitar kawasan Aman Jaya yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO), yang bermula 28 Ogos lalu.
Pasukan itu terdiri daripada dua anggota yang ditempatkan di setiap zon terlibat dan terbahagi kepada dua syif rondaan selama lapan jam di setiap zon.
Abdul Hadi Che Awang
Mon Sep 14 2020
Kawat duri dan penghadang batu konkrit mula dipasang sejak malam tadi dengan bantuan beberapa agensi. - Foto BERNAMA
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Air pasang besar, masalah perparitan punca banjir kilat di Sungai Petani
Hujan lebat berterusan bermula sekitar jam 3 petang sehingga lewat malam telah menyebabkan air tidak mengalir dengan cepat ke sungai dan laut.
TEMCO Amanjaya: Kawalan lebih ketat di Zon Melor hingga 27 September - Polis
Kawat duri dan penghadang batu konkrit mula dipasang sejak malam tadi dengan bantuan beberapa agensi.