awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempahan 1.24 juta dos vaksin AstraZeneca buat warga emas kini dibuka

Fareez Azman
Fareez Azman
23/05/2021
05:02 MYT
Tempahan 1.24 juta dos vaksin AstraZeneca buat warga emas kini dibuka
Tempahan slot janji temu bagi 1.24 juta dos suntikan vaksin AstraZeneca bagi warga emas mula dibuka hari ini. - Gambar REUTERS
KUALA LUMPUR: Tempahan slot janji temu bagi 1.24 juta dos suntikan vaksin AstraZeneca bagi warga emas mula dibuka hari ini.
Kali ini, sesi berkenaan melibatkan lapan Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) di lima buah negeri.
Antara lokasi PPVAZ yang disenaraikan ialah Setia SPICE Convention Centre di Pulau Pinang, Persada Johor International Convention Center (Johor Bahru), Borneo Convention Center Kuching dan Kemahiran Belia Negara Miri (Sarawak).
Di Selangor pula, lokasi yang ditetapkan sebagai PPVVAZ ialah Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dan Ideal Convention Centre (Shah Alam) manakala pusat pemberian vakzin Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilakukan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, kali ini tempahan janji temu vaksin AstraZeneca tidak mendapat sambutan hangat berbanding sebelum ini yang dibuka kepada semua golongan umur.
Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sebelum ini memaklumkan pemberian suntikan bagi pusingan kedua inisiatif ini akan dimulakan pada 7 Jun sehingga 27 Julai.
Orang ramai yang ingin menempah slot janji temu boleh melayari laman sesawang www.vaksincovid.gov.my.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Kuala Lumpur
#shah alam
#Johor Bahru
#Kuching
#Miri
#Belia
#warga emas
#Malaysia
#COVID-19
#vaksin
#AstraZeneca
#suntikan
#Pusat Pemberian Vaksin
#PPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan