awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ancaman penyakit semakin serius, ubat semakin kurang di Gaza - Pihak kesihatan
KWSP umum penambahbaikan dasar, produk berkuat kuasa esok
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempahan daging ikan yu dan pari laris dalam talian, lompong perundangan dibongkar

Asyraf Malik
Asyraf Malik
15/11/2025
13:23 MYT
Tempahan daging ikan yu dan pari laris dalam talian, lompong perundangan dibongkar
Jual beli daging ikan yu dan ikan pari secara dalam talian didedahkan menerusi satu kajian bersama antara Tabung Alam Sedunia Malaysia (WWF-Malaysia) dan TRAFFIC Asia Tenggara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jualan produk ikan yu dan pari secara dalam talian semakin berkembang, sekurang-kurangnya 5.25 juta kilogram terjual antara Oktober hingga Disember 2022.
Menerusi kajian bersama antara Tabung Alam Sedunia Malaysia (WWF-Malaysia) dan TRAFFIC Asia Tenggara, jual beli produk haiwan terancam di pelbagai platform e-dagang serantau mencecah lebih RM326 juta.
"Permintaan kini tidak hanya tertumpu pada sirip yu, sebaliknya beralih kepada kategori daging segar, kering atau diproses yang laris terjual.
"Lebih membimbangkan, beberapa spesies hidupan laut diperdagangkan dikenal pasti sebagai sangat terancam seperti pari baji (Rhynchobatus australiae) dan pari cambuk (Maculabatis spp.).
"Ini bermakna spesies ikan yu dan pari yang terancam di perairan Malaysia tidak dilindungi, malah diniagakan secara aktif dalam talian," ujar Pengurus Program TRAFFIC Asia Tenggara, Serene Chng menerusi satu kenyataan.
Dedah kajian itu lagi, kegiatan ini berleluasa kerana tiada perlindungan khusus di bawah Akta Perikanan 1985 bagi spesies ikan yu dan ikan pari yang diburu.
"Kerajaan Malaysia digesa meminda dan memperluas perlindungan undang-undang serta memperketat pelabelan dan pemantauan perdagangan.
"Kelemahan lain adalah kebanyakan penjual gagal menyatakan asal usul tangkapan, cadangan dikemukakan supaya sistem pengesanan seperti SharkTrace diterapkan yang menggunakan kod respons pantas (QR), ini bagi meningkatkan ketelusan perdagangan.
"Pemuliharaan ikan yu dan pari bukan sekadar menyelamatkan spesies tersebut, tetapi juga memastikan kesihatan laut dan manfaat kepada komuniti pesisir pantai," ujar Pegawai Kanan Pemuliharaan Marin WWF-Malaysia, Serena Adam.
Semua pihak harus menggembleng tenaga mengambil tindakan segera sama ada kerajaan, platform e-dagang dan pengguna serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Topic Berkaitan
#daging haiwan terancam
#hidupan laut
#ikan yu
#ikan pari
#WWF-Malaysia
#TRAFFIC Asia Tenggara
#Akta Perikanan 1985
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan