DREBAR
Tempahan Ford Mustang sudah dibuka – harga dari RM435,000

Mengikut Ford Motor Company, harga yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
* Harga di atas jalan tidak termasuk insurans untuk Semenanjung Malaysia dan pendaftaran peribadi sahaja

Varian 2.3-liter dengan pengecas turbo itu menjana sehingga 310hp dan direka khas untuk model Mustang terkini ini. Ia bukan sahaja berkuasa tinggi tetapi juga memberikan penjimatan bahan api.
Enjin 5.0-liter V8 itu pula menampilkan rangkaian injap dan kepala silinder yang telah dinaik taraf serta mampu menjana kuasa sehingga 435hp. Kedua-dua pilihan enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

Kedua-dua varian Mustang didatangkan dalam enam warna – putih (Oxford White), hitam (Shadow Black), biru (Deep Impact Blue), kelabu (Magnetic Grey) dan (Race Red). Manakala warna kuning (Triple Yellow Tri-Coat) yang istimewa ditawarkan untuk varian 5.0 liter V8.
Dihasilkan di kilang pemasangan Flat Rock di Amerika Syarikat, Mustang generasi keenam ini menawarkan kawalan stereng yang lebih jitu dan pemanduan lebih selesa.
Model ikonik ini turut menampilkan rangkaian teknologi yang dapat menawarkan pemandu maklumat, kawalan dan ketersambungan yang lebih baik. Daripada sistem kemasukan pintar dengan butang penghidup enjin sehinggalah sistem ketersambungan SYNC2 Ford dan MyKey, para pemandu mendapat nilai lebih baik bagi Mustang ini.


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami