Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, Perak akan kekal sebagai pusat tahanan dengan konsep penjara agro, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Beliau berkata fungsi tempat tahanan dengan keluasan 93.3 hektar yang mula beroperasi pada 1 Nov 1973 sebagai tempat tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu berakhir semalam setelah enam tahanan terakhir dibebaskan.
Selaras dengan konsep sara diri yang diperkenalkan Jabatan Penjara, beliau berkata tempat tahanan yang lebih dikenali sebagai Kem Tahanan Kamunting akan diguna untuk mengeluarkan produk makanan seperti sayuran dan ikan bagi kegunaan banduan.
"Banduan yang ditempatkan di sini terdiri daripada banduan yang dipilih dari beberapa penjara yang dikategori sebagai banduan tidak berisiko dan hukuman tidak panjang tempohnya," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Mohmad Khalid Sharif di sini hari ini.
Semalam, enam tahanan terakhir ISA yang terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, dua Indonesia dan seorang Filipina dibebaskan. Mereka ditahan di Sabah pada 14 Nov 2011 kerana menganggotai kumpulan pengganas Darul Islamiah (DI) Sabah.
Pembebasan kumpulan terakhir tahanan ISA itu susulan pemansuhan akta itu yang diganti dengan penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 pada 31 Julai 2012.
Ahmad Zahid berkata tempat tahanan perlindungan itu juga akan menempatkan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Langkah-Langkah Pencegahan Khas dalam Akta Dadah Berbahaya dan Akta Pencegahan Jenayah.
"Ini adalah untuk memastikan Tempat Tahanan Perlindungan Taiping tidak berada dalam keadaan daif. Kami akan menggunakan aset yang sedia ada tanpa membina aset-aset baharu," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pada tahun lepas Tempat Tahanan Perlindungan Taiping juga memberi latihan kemahiran dalam bentuk penghasilan produk hasil pertanaian dan penternakan yang membawa pulangan RM520 ribu.
Beliau berkata produk pertanaian seperti sayuran kangkung dan sawi (200kg sebulan) dibekalkan kepada penjara-penjara bagi bekalan harian manakala sayuran berdaun, cendawan dan kucai turut dibekalkan kepada peniaga dan penduduk di sekitar Daerah Larut Matang dan Penjara Taiping (150kg sebulan).
"Pusat ternakan ikan air tawar juga membekalkan ikan seperti ikan keli dan ikan tilapia kepada lapan penjara seperti Penjara Batu Gajah, Penjara Tapah, Penjara Alor Star, Penjara Pulang Pinang, Penjara Seberang Prai dengan setiap bulan pembekalan mencecah empat tan," katanya.
Selain menternak lembu, kambing, dan ternakan lain seperti ayam kampung, Ahmad Zahid berkata tempat tahanan perlindungan itu juga menjadi pusat pengumpulan dan pemprosesan hasil kenaf yang merupakan projek kerajaan dengan kerjasama Lembaga Tembakau dan Kenaf Negara.
Bernama
Mon Jan 06 2014
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Tempat Tahanan Perlindungan Taiping dijadikan penjara agro
Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, Perak akan kekal sebagai pusat tahanan dengan konsep penjara agro.