awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh larangan NGO bantu gelandangan ditangguh hingga lepas raya

Astro Awani
Astro Awani
08/07/2014
09:33 MYT
Tempoh larangan NGO bantu gelandangan ditangguh hingga lepas raya
ADNAN: Kementerian bukan mahu menunjuk-nunjuk kuasa dalam penguatkuasaan peraturan tersebut.
Tempoh yang diberi kepada NGO yang memberi makan percuma kepada gelandangan di ibu kota, untuk berpindah ke tempat lain, telah ditangguh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri.
Mengungkap kata-kata Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan, The Malaysian Insider melaporkan bahawa, kementeriannya tidak bermaksud menunjuk-nunjuk kuasa dalam menguatkuasakan peraturan tersebut tetapi hanya bertujuan memastikan kebersihan ibu kota dan orang awam dapat menggunakan kemudahan dan kawasan itu dengan selesa.
"Kita bukan melakukannya semata-mata untuk menguatkuasakan undang-undang. Kita mahu pertubuhan bukan kerajaan bersama-sama dengan kita dalam memastikan kebersihan bandar raya.
“Sekiranya golongan tidak berumah terus memenuhi kawasan ini sepanjang masa, bagaimana dengan orang lain yang mahu menggunakan kawasan ini juga,” ungkap beliau.
Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi tempoh kepada NGO yang memberi makan percuma kepada gelandangan di ibu kota sehingga semalam sebelum berpindah ke tempat lain.
Beliau telah berkata NGO terbabit masih boleh memberi makanan di luar kawasan dua kilometer radius dari simpang empat Lot 10 di Bukit Bintang.
Kenyataan beliau telah mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak, di mana ada di antara mereka melabelkannya sebagai tindakan kerajaan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan terhadap golongan gelandangan dan pengemis.
Namun, beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.
Sebaliknya, beliau berkata kerajaan komited membantu golongan berkenaan untuk menjalani kehidupan lebih sempurna termasuk melalui perkhidmatan yang disediakan di 'Anjung Singgah'.
Tahun lepas, DBKL mengangkut 965 gelandangan, 125 daripada mereka pendatang asing. Bagi lima bulan pertama tahun ini, 117 gelandangan termasuk 21 pendatang asing telah diangkut menerusi operasi bersepadu yang dijalankan.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#gelandangan
#Ku Nan
#NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan