awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang kembali dilanda banjir, Johor catat peningkatan mangsa
Krisis politik Perlis: ‘Presiden Pas disaran ambil alih Pengerusi PN’ - Afnan
KTMB tamat operasi perkhidmatan tren Ekspres Selatan mulai 1 Jan 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh pengebumian Zara Qairina tidak jejas prosiding inkues - Pakar

Seth Akmal
Seth Akmal
14/08/2025
15:07 MYT
Tempoh pengebumian Zara Qairina tidak jejas prosiding inkues - Pakar
Pakar kriminologi sahkan dapatan masih boleh diperoleh, walaupun jenazah Zara Qairina Mahathir telah dikebumi dan kemudian digali semula. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tempoh Allahyarham Zara Qairina Mahathir dikebumikan mungkin tidak akan memberi kesan kepada dapatan prosiding inkues yang bakal dijalankan untuk mendapatkan punca kematiannya pada 17 Julai lalu.
Ahli Kriminologi dan Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Haezreena Begum Abdul Hamid berkata demikian semasa wawancara bersama Astro AWANI pada segmen Pantau Agenda Reformasi pada Khamis.
“Untuk dapatkan sebarang bukti kalau telah sekian lama (dikebumi), saya rasa bukan mustahil. Dalam kes ini, lepas sebulan, masih boleh dapat satu dapatan iaitu oksigen tidak sampai ke otak tapi itu adalah dapatan secara keseluruhan,” katanya.
Jenazah Allahyarham telah dikebumikan pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama, Sipitang, Sabah.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami proses inkues kematian Zara Qairina
Namun, pada 9 Ogos 2025, jenazahnya telah digali semula atas arahan Pejabat Peguam Negara untuk menjalankan pemeriksaan post-mortem bagi menyiasat punca kematiannya.
Tambah Haezreena, inkues berkenaan akan selesai selepas mahkamah koroner memanggil semua pihak yang terlibat untuk memastikan sama ada wujud elemen jenayah atau tidak.
“Jika kes melibatkan kepentingan awam, kebiasaannya, dapatan akan dijalankan cepat sebab nak tahu dapatan inkues, (jika) ada elemen jenayah yang perlu disiasat lagi atau tidak,” ujarnya lagi.
Media melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) AGC memutuskan agar inkues dijalankan, selaras peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).
Terdahulu, Allahyarham dimasukkan ke hospital selepas dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar pada jam 4 pagi, 16 Julai.
Topic Berkaitan
#Zara Qairina Mahathir
#Sabah
#Peguam Negara
#inkues
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan