KUALA LUMPUR: Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata lanjutan tempoh selama dua minggu dari tarikh akhir penyertaan asal iaitu pada 17 Mei, bagi memberi ruang kepada lebih ramai belia melibatkan diri dalam sidang berkenaan.
"Setakat ini kita telah menerima 200 penyertaan walaupun kita hanya akan menerima 65 wakil belia. Saya rasa ini pencapaian yang baik, oleh itu kita mahu membuka lagi (permohonan) supaya ada ruang untuk kita memilih belia dari pelbagai latar belakang untuk menyertai sidang ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini pada Sabtu
Menurutnya SBWP yang julung kali diadakan itu membabitkan 13 kawasan Parlimen termasuk Putrajaya dan Labuan dengan setiap Parlimen diwakili lima belia.
Program berkenaan mensasarkan belia berusia 18 hingga 35 tahun yang bermastautin di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan dengan mesyuarat pertama SBWP akan dilaksanakan pada Julai, disusuli mesyuarat kedua pada November.
Permohonan untuk menjadi ahli boleh dibuat melalui laman web http://sidangbeliawp.my/ dan peserta yang terpilih akan disenarai pendek Jawatankuasa Pemilihan Peserta.
Sementara itu mengulas tindakan yang diambil terhadap pemilik tanah persendirian yang didapati enggan menyelenggara pokok berisiko di kawasan masing-masing, Dr Zaliha berkata perkara itu akan diteliti pihaknya dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pada masa sama beliau berkata garis panduan sedia ada dalam menangani isu pokok berusia dan berisiko di ibu negara akan ditambah baik bagi memastikan kejadian pokok tumbang tidak berlaku lagi pada masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024
Dr Zaliha berkata lanjutan tempoh selama dua minggu dari tarikh akhir penyertaan asal iaitu pada 17 Mei, bagi memberi ruang kepada lebih ramai belia melibatkan diri dalam sidang berkenaan. - Foto Facebook/Dr Zaliha
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.