KUANTAN: Masakan tradisional Pahang, gulai tempoyak ikan patin dan gulai asam rong antara 98 makanan yang diiktiraf Jabatan Warisan Negara sebagai Objek Warisan Tidak Ketara Warisan Kebangsaan sejak 2009.
Selepas 15 tahun, menu makanan tradisional berasal dari Pahang Barat khususnya Jerantut dan Temerloh itu kembali dicadangkan agar diiktiraf sebagai makanan warisan negara.
Cadangan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin di Dewan Rakyat itu dipercayai susulan pengiktirafan bak kut teh sebagai antara 10 hidangan diwartakan sebagai makanan warisan negara dalam Pengisytiharan Objek Warisan 2024.
Umum maklum, daerah Temerloh begitu terkenal dengan masakan ini sehingga menerima jolokan sebagai bandar ikan patin.
Walaupun menu itu sudah popular di negara ini, namun bagi penggemarnya mereka sanggup ke Temerloh untuk menikmati keaslian masakan itu.
Ia sekali gus membuktikan gulai ikan patin masak tempoyak sudah menjadi makanan ikonik daerah Temerloh dan sebagai salah satu daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara ke daerah itu.
Berbeza pula dengan gulai asam rong salah satu makanan tradisional bagi masyarakat di daerah Jerantut itu.
Masakan berasaskan asam rong yang diperbuat daripada biji buah getah yang diproses itu mungkin masih asing bagi masyarakat luar kecuali penduduk beberapa daerah di negeri ini.
Walaupun makanan unik itu telah diiktiraf dan tersenarai sebagai Objek Warisan Tidak Ketara Warisan Kebangsaan sejak 2009, ia perlu terus dipromosi secara lebih meluas kepada masyarakat umum di negara ini.
Bagaimanapun, keaslian masakan ini juga perlu eksklusif kepada daerah Jerantut sebagaimana Temerloh dengan gulai masak tempoyak ikan patinnya.
Selain itu, beberapa makanan tradisional terkenal di negeri ini seperti puding raja juga telah disenaraikan untuk kategori Objek Warisan Tidak Ketara Warisan Kebangsaan sejak 2O12. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 06 2024
Selepas 15 tahun, menu makanan tradisional berasal dari Pahang Barat khususnya Jerantut dan Temerloh itu kembali dicadangkan agar diiktiraf sebagai makanan warisan negara. - Gambar hiasan/ Bernama
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
Tempoyak ikan patin, asam rong diiktiraf makanan warisan sejak 2009
Masakan tradisional Pahang, gulai tempoyak ikan patin dan gulai asam rong antara 98 makanan yang diiktiraf Jabatan Warisan Negara sebagai Objek Warisan Tidak Ketara Warisan Kebangsaan sejak 2009.