Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencadangkan agar perumahan mampu milik seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dijenamakan semula bagi mengubah pemikiran penduduknya.
Beliau berkata selain menambah kemudahan seperti kamera litar tertutup (CCTV), penjenamaan semula perumahan mampu milik juga boleh membawa perubahan positif dari sudut psikologi penduduk supaya lebih matang dan tidak tertekan.
"Kita tidak mahu lagi panggil rumah murah, barang kali boleh panggil rumah rakyat ceria atau 'council home'. Jadi mereka yang tinggal di situ tidak fikir mereka duduk di rumah murah lagi.
"Sebelum ini pun kita sudah menetapkan supaya rumah mampu milik sekurang-kurangnya 750 kaki persegi, bukan lagi seperti dahulu 500 kaki persegi, tidak sesuai lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah tempat letak kereta bertingkat kuarters Apartment Fasa 5 dan 6 di Presint 9, di sini hari ini.
Projek yang akan bermula pada Julai depan bernilai RM15 juta itu menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia ke-11 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
Berkeluasan 3,400 meter persegi, tempat letak kereta empat tingkat itu bakal menyediakan 352 lot tempat letak kereta termasuk bagi orang kelainan upaya (OKU).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 29 2018
Tengku Adnan melihat pelan pembinaan sebelum menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Tempat Letak Kereta Bertingkat Kuarters Apartment Fasa 5 dan Fasa 6 di Presint 9, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.
Polis buru tiga lelaki umpil pintu kereta
Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang membeli barangan di kedai perkakas terbabit sebelum mendengar penggera keretanya berbunyi.
Ahli perniagaan didenda RM4,600 miliki bahan lucah
Seorang ahli perniagaan dalam industri kecantikan didenda RM4,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengakses dan menyimpan bahan lucah dalam dua telefon pintar, semalam.
Polis Perlis berjaya selesai 262 kes jenayah indeks bagi tempoh Januari hingga Oktober
Polis Perlis berjaya menyelesaikan 262 kes jenayah indeks daripada 290 kes yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga Oktober, kata Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.
Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan
JIM menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, dekat sini pada Isnin lepas.
DBKL pantau banjir kilat menerusi bilik gerakan 24 jam - Dr Zaliha
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaktifkan bilik gerakan bagi memantau sebarang kejadian terutamanya banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Malaysia berhasrat perkukuh kerjasama strategik 'twin city' Putrajaya-Shanghai
Dr Zaliha Mustafa hari ini menyuarakan hasrat memperkukuh kerjasama strategik twin city antara Wilayah Persekutuan, khususnya Putrajaya dengan Shanghai melalui program pertukaran kepakaran.
JIM akan laksana enam reformasi proses kerja, penyampaian perkhidmatan
Pusingan kerja untuk ketua, penyelia dan pegawai imigresen akan dilaksanakan segera untuk pegawai yang telah berkhidmat lebih daripada tiga tahun.
Bayi lapan bulan maut di taska akibat lemas - Polis
Bedah siasat terhadap bayi berusia lapan bulan yang meninggal dunia di sebuah taska di Alor Gajah mendapati punca kematiannya disebabkan lemas.