KUALA LUMPUR:Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi bayangan bahawa syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Bhd (MAB) bakal menerima sokongan kewangan dalam memastikan kelangsungan syarikat itu.
Memetik laporan Nikkei Asia, Tengku Zafrul antara lain memaklumkan bahawa pemegang saham tunggal Malaysia Airlines, Khazanah Nasional diberitahu meletakkan syarikat penerbangan nasional itu dalam kedudukan kekuatan bagi menyokong ekonomi domestik selepas pandemik COVID-19.
"Kementerian Kewangan telah berbincang dengan Khazanah Nasional dan meminta mereka untuk memastikan bahawa Malaysia Airlines terus berada dalam posisi kuat bagi menyokong pemulihan ekonomi," kata beliau seperti dipetik laporan itu.
Menurut Tengku Zafrul, Khazanah Nasional sebagai syarikat pelaburan berkaitan kerajaan memiliki sumber kewangan untuk memastikan syarikat itu bertahan.
"Khazanah melakukan apa yang harus mereka lakukan sebagai pemegang saham untuk memastikan Malaysia Airlines terselamat dari krisis," kata beliau lagi.
BACA: Malaysia Airlines, wajar dikekalkan atau tidak?
Tambah Tengku Zafrul, Malaysia Airlines merupakan simbol identiti nasional yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia.
Dalam masa sama, Tengku Zafrul juga menggesa para pengkritik agar kekal positif terhadap syarikat penerbangan itu.
"Kita harus melihatnya secara positif dan objektif. Bagi saya, saya yakin mereka (Malaysia Airlines) telah belajar daripada masa lalu," katanya sambil mengulangi bahawa jenama berkenaan dan industri penerbangan adalah komponen utama ekonomi terutama untuk sektor pelancongan .
"Kita harus memastikan ia berfungsi. Malaysia Airlines adalah jenama nasional... tetapi yang penting adalah memastikan ia memainkan peranan sebagai syarikat penerbangan nasional.
"Semoga krisis ini dijadikan sebagai peluang industri penerbangan untuk membangun kembali terutamanya Malaysia Airlines, "tambah Menteri Kewangan itu lagi.
Prestasi Kewangan Malaysia Airlines sebelum ini merosot hampir 100 peratus dalam enam bulan pertama tahun ini susulan pandemik COVID-19.
Oktober lalu, syarikat penerbangan nasional itu mengumumkan rundingan penyusunan semula hutang sebanyak RM16 billion.
Agensi berita Reuters melaporkan bahawa syarikat induk Malaysia Airlines, Malaysia Aviation Group telah meminta bantuan kewangan daripada Khazanah Nasional bernilai AS$500 juta bagi rundingan penstrukturan hutang yang dijangka selesai Disember depan.
Fareez Azman
Tue Nov 24 2020
Tengku Zafrul dalam laporan Nikkei Asia memberi bayangan Malaysia Airlines bakal menerima sokongan kewangan daripada Khazanah Nasional. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kekacauan di Asia Barat perlukan pengendali lapangan terbang proaktif tangani perubahan penerbangan - Pakar
Penutupan ruang udara dilihat akan menjejaskan sebahagian trafik penumpang, terutamanya untuk destinasi yang terletak di Iran.
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat
Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
Malaysia Airlines jalin kerjasama dengan Man Utd sebagai rakan penerbangan komersial rasmi
MAS dalam usaha penting untuk meningkatkan jangkauan global, memeterai perkongsian strategik berbilang tahun dengan kelab bola sepak Manchester United (Man Utd).
Malaysia Airlines, Google bekerjasama pacu pelancongan
Malaysia Airlines dan Google bekerjasama untuk memacu peningkatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan peringkat teratas.
Tourism Malaysia promosi produk 'niche' di OTM 2024
Tourism Malaysia mempromosikan beberapa produk khusus atau "niche" pada pameran pelancongan terbesar India, Outbound Travel Mart (OTM) 2024 yang berlangsung di Mumbai bermula 8 Feb hingga esok.
Malaysia Airlines perkenal MHrail, tawar peluang teroka Seoul, London
Ia turut mengumumkan pengembangan kerjasama dengan AccesRail, pembekal terkemuka dunia bagi rumusan antara kereta api udara.
Malaysia Airlines tambah penerbangan semasa Tahun Baharu Cina
Malaysia Airlines menambah jadual penerbangannya berikutan permintaan perjalanan yang meningkat semasa Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah akan datang bermula Februari hingga Mac 2024.