Bomba pantau lebih 8,000 kawasan banjir sepanjang MTL

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata operasi tindak balas banjir sepanjang Monsun Timur Laut 2025/2026 telah dilaksanakan secara berterusan dan bersepadu dengan penglibatan pelbagai agensi berkaitan. -Gambar fail
KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan sebanyak 8,337 operasi pemantauan kawasan banjir di seluruh negara dalam tempoh 13 Nov hingga semalam.
Ringkasan AI
- JBPM jalankan 8,337 operasi pemantauan banjir dari 13 Nov hingga semalam, menyelaraskan usaha bersama pelbagai agensi untuk mengurangkan risiko kepada nyawa dan harta benda.
- Affin Bank sumbang dua van jenazah Toyota Hiace bernilai RM439,000 kepada JBPM Kelantan, satu unit diserahkan kepada JBPM Kelantan dan satu lagi kepada JBPM Negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan kecekapan operasi dan kebajikan anggota.
- Persatuan Kebajikan JBPM Kelantan berharap tingkatkan keahlian daripada 83.7 peratus kepada 90 peratus pada tahun ini, dengan 553 orang ahli berdaftar, demi meningkatkan kecekapan operasi dan manfaat kepada masyarakat.
Terdahulu, Ahmad Izram turut menyempurnakan majlis penyerahan kunci dua van jenazah Toyota Hiace yang disumbangkan oleh Affin Bank Berhad kepada JBPM Kelantan, dengan nilai keseluruhan berjumlah RM439,000.
"Sehubungan dengan itu, satu unit van jenazah akan diserahkan kepada JBPM Kelantan manakala satu unit lagi akan disalurkan kepada JBPM Negeri Pulau Pinang, dengan mengambil kira keperluan mobilisasi jarak jauh serta aspek kebajikan anggota.
"Diharapkan sumbangan bernilai ini dapat dimanfaatkan secara optimum bagi meningkatkan kecekapan operasi, selain memberi manfaat secara langsung kepada anggota serta masyarakat," katanya.
Beliau berkata sehingga Disember 2025, keahlian Persatuan Kebajikan JBPM Kelantan adalah 553 orang, iaitu 83.7 peratus ahli berdaftar dan berharap ia dapat ditingkatkan kepada 90 peratus pada tahun ini.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah operasi pemantauan kawasan banjir yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari 13 Nov hingga semalam? A: JBPM melaksanakan sebanyak 8,337 operasi pemantauan kawasan banjir dalam tempoh tersebut.
- Q: Apakah yang dilakukan JBPM untuk mengurangkan risiko kepada nyawa dan harta benda semasa operasi tindak balas banjir? A: JBPM melakukan pemantauan rapi, pengoperasian pusat pemindahan sementara (PPS), serta pelaksanaan pemindahan mangsa bagi mengurangkan risiko tersebut.
- Q: Berapakah nilai keseluruhan sumbangan dua van jenazah Toyota Hiace yang disumbangkan oleh Affin Bank Berhad kepada JBPM Kelantan? A: Nilai keseluruhan sumbangan dua van jenazah Toyota Hiace adalah RM439,000.
- Q: Apakah matlamat keahlian Persatuan Kebajikan JBPM Kelantan dan anggaran peratusan ahli berdaftar pada Disember 2025? A: Matlamatnya adalah meningkatkan keahlian ke 90 peratus pada tahun ini, daripada 83.7 peratus ahli berdaftar pada Disember 2025.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

