KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Seoul, Korea Selatan dari 14 hingga 17 Mac ini untuk mengukuhkan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.
Misi itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan untuk perniagaan Korea serta produk dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran Korea.
MITI dalam satu kenyataan hari ini berkata tumpuan misi itu adalah kepada sektor teknologi tinggi dan nilai tambah tinggi seperti pembuatan pintar, kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan tenaga boleh diperbaharui.
"Delegasi rasmi itu terdiri daripada pegawai kanan MITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta wakil daripada agensi penggalakan pelaburan negeri, koridor-koridor pembangunan wilayah dan syarikat dari Malaysia," katanya.
MITI berkata semasa misi itu, Tengku Zafrul akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Perdagangan Korea Selatan Dukgeun Ahn untuk membincangkan isu dua hala, kerjasama ekonomi serantau serta langkah mengukuhkan kerjasama dalam menangani isu global untuk kepentingan bersama.
"MITI akan menganjurkan seminar mengenai peluang perniagaan di Malaysia, di mana audiens Korea Selatan akan dikemas kini mengenai iklim perdagangan dan pelaburan Malaysia serta kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada syarikat Korea yang merancang untuk melabur di Malaysia.
"Terdapat juga sesi perkongsian oleh syarikat Korea mengenai pengalaman mereka menjalankan perniagaan di Malaysia serta mesyuarat perniagaan yang disasarkan dengan syarikat terkemuka Korea yang telah menyatakan minat untuk melabur dan mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia," katanya.
Selain itu, ia berkata akan ada sesi pemadanan perniagaan antara bakal pelabur Korea Selatan dan pengimport dengan agensi penggalakan pelaburan negeri yang berkaitan, koridor-koridor pembangunan wilayah serta perniagaan dan pengeksport Malaysia.
Korea Selatan merupakan rakan dagangan kelapan terbesar bagi Malaysia dengan jumlah perdagangan berjumlah RM114.55 bilion (US$26.01 bilion) pada 2022, meningkat 29.7 peratus berbanding RM88.31 bilion (US$21.01 bilion) pada 2021.
Daripada segi pelaburan, Korea Selatan telah menjadi salah satu sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia untuk sektor pembuatan dengan 374 projek bernilai US$9.2 bilion (RM32.9 bilion) sedang dilaksanakan dan menjana 46,260 pekerjaan setakat Jun, tahun 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023
Tengku Zafrul akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Perdagangan Korea Selatan untuk membincangkan isu dua hala, kerjasama ekonomi serantau serta langkah mengukuhkan kerjasama. -Gambar fail/Facebook
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Penang Silicon Design @5km+ bakal kukuh kedudukan Malaysia dalam landskap semikonduktor global
Inisiatif Penang Silicon Design @5km yang dilancarkan hari ini bakal mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di negara ini.
Tiada cadangan rasmi dipersetujui mengenai 'de-dollarisation' - Tengku Zafrul
Tiada cadangan rasmi telah dipersetujui bagi tujuan de-dollarisation atau pengurangan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) yang menjadi mata wang tradisi perdagangan antarabangsa.
Tengku Zafrul saksikan pemeteraian empat MoU antara perniagaan Malaysia-Korea Selatan
Kerjasama perniagaan dan perdagangan Malaysia-Korea Selatan diperkukuh dengan pemeteraian empat MoU antara agensi kerajaan dengan firma tempatan hari ini.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Industri Halal Malaysia pacu partumbuhan di bawah Kepengerusian ASEAN, Belanjawan 2025
MITI akan pastikan industri halal dan PKS Malaysia meraih manfaat daripada dasar perdagangan dan pelaburan ASEAN apabila negara memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan.
NIMP 2030 berhasil tingkat KDNK, peluang pekerjaan, gaji median - Tengku Zafrul
MITI yakin sasaran utama yang ditetapkan bagi tahun pertama NIMP 2030 dapat dicapai memandangkan tiga daripadanya telah merekodkan pencapaian memberangsangkan.
Malaysia dijangka meterai FTA dengan UAE akhir tahun ini - Tengku Zafrul
Malaysia dijangka menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir tahun ini.
Malaysia sedia bekerjasama dengan UNESCAP promosi pelaburan - Tengku Zafrul
Malaysia sedia meneroka peluang kerjasama dengan UNESCAP dalam mempromosi pelaburan dan pelaburan hijau.
Ekonomi Malaysia antara yang terbaik di dunia – Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia yang mampan menjadikan Malaysia antara beberapa negara di dunia yang menunjukkan pertumbuhan pantas terutama ketika ketidaktentuan ekonomi global.