awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,682 kenderaan diambil tindakan dalam Ops Perang Lebih Muatan di Terengganu
Ketua PBB kecam Parlimen Israel lulus pindaan sasar UNRWA
Hujan lebat cetus banjir, tanah runtuh di bandar Negor, Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera bantu polis bermula 12.01 pagi Ahad

Fareez Azman
Fareez Azman
20/03/2020
10:02 MYT
Tentera bantu polis bermula 12.01 pagi Ahad
Angkatan Tentera Malaysia akan membantu Polis Diraja Malaysia dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula Ahad (22 Mac) ini. - Gambar fail
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula Ahad (22 Mac) ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media pada Jumaat berkata, pasukan ATM akan menyertai pasukan PDRM bermula pukul 12.01 pagi tarikh berkenaan.
"Bermula daripada Ahad, 22 Mac 2020 jam 12.01 pagi, Angkatan Tentera Malaysia akan ditugaskan untuk membantu Polis Diraja Malaysia dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam membasmi penularan wabak COVID 19," kata kenyataan itu lagi.
Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi segala arahan daripada pihak berkuasa seperti mana yang dituntut sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.
Tindakan tegas akan diambil terhadap orang ramai yang ingkar dan tidak mematuhi perintah tersebut.
Terdahulu, Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada tengah hari ini berkata, kerajaan akan mengarahkan anggota tentera membantu PDRM dalam usaha untuk memastikan rakyat patuh kepada perintah kerajaan.
Tindakan itu dibuat susulan Perintah Kawalan Pergerakan hanya dipatuhi oleh 60 peratus rakyat negara ini pada hari kedua pelaksanaannya semalam.
Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan bermula 18 hingga 31 Mac ini dalam usaha untuk memastikan penularan pandemic COVID-19 yang sehingga kini telah meragut dua nyawa di Malaysia sementara jumlah kes keseluruhan yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia ialah 1,030 kes.
BACA: 12 petugas KKM dijangkiti COVID-19, seorang kini dalam ICU - KP Kesihatan
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#COVID-19
#Jabatan Perdana Menteri
#koronavirus
#menteri
#PDRM
#Perdana Menteri
#perintah kawalan pergerakan
#rakyat
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan