KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima penghantaran pertama helikopter Black Hawk pada April ini, kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Beliau berkata, penghantaran peringkat pertama itu melibatkan sebuah daripada empat helikopter jenis Sikorsky UH-60A+ Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat.
Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada Nov lepas, bagaimanapun susulan beberapa kekangan melibatkan kontraktor dan pengeluar helikopter berkenaan menyebabkan berlaku sedikit kelewatan.
"Bagaimanapun, kontraktor telah memberikan janji mereka untuk menghantar helikopter pertama pada April ini dan saya harap ia dipenuhi," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan perolehan aset helikopter pengangkut sederhana itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa Tentera Darat di Masjid Thoriq bin Ziyad, Kem Perdana Sungai Besi, di sini, malam tadi.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri.
Ditanya mengenai faktor kelewatan itu, Muhammad Hafizuddeain berkata, beliau enggan membuat sebarang spekulasi, bagaimanapun menegaskan TDM amat memerlukan perkhidmatan helikopter berkenaan bagi tujuan latihan dan operasi.
Sementara itu di majlis berkenaan TDM turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan kepada 16 asnaf dan ahli keluarga anggota pasukan yang menghadapi masalah kesihatan.
Turut diserahkan sumbangan barangan makanan dan keperluan kepada masjid di dalam kem TDM seluruh negara.
Sebanyak 1,000 warga TDM serta ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) termasuk lapan bekas Panglima Tentera Darat hadir ke majlis berkenaan. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024

Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima penghantaran pertama helikopter Black Hawk pada April ini, kata Panglima Tentera Darat. - Gambar fail DAGANG NEWS
Starship bawa robot akan ke Marikh pada akhir 2026 - Musk
Kapal angkasa Starship yang membawa robot humanoid Tesla Optimus akan ke Marikh pada akhir 2026.
Trump optimis rundingan Rusia-Ukraine positif
Trump turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin serta beberapa pihak lain.
Naib presiden AS, JD Vance dan isteri dicemuh orang ramai ketika hadir konsert
Reaksi orang ramai itu tercetus susulan tindakan Presiden Donald Trump yang memecat kepimpinan pusat dan mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kennedy Center
Ribuan veteran protes, bantah cadangan Trump
Majoriti yang berhimpun di hadapan bangunan Capitol AS itu baru sahaj kehilangan pekerjaan akibat rancangan pemberhentian kerja Kerajaan Persekutuan
Majlis Keselamatan PBB gesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian
Majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengecam keganasan meluas yang berlaku di wilayah Latakia dan Tartus sejak 6 Mac serta menggesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian.
Lima maut, 24 cedera jalan bertingkat dalam pembinaan runtuh
Sekurang-kurangnya lima maut selepas sebuah jalan bertingkat yang dalam pembinaan di Bangkok runtuh pada awal Sabtu.
China wajibkan pelabelan kandungan janaan AI untuk perangi maklumat salah
Pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan yang mewajibkan label pada semua kandungan dijana oleh kecerdasan buatan yang diedarkan dalam talian, bertujuan untuk memerangi penyalahgunaan AI dan penyebaran maklumat palsu.
Bazar raya lesu, pendapatan peniaga merudum
Di Chukai, Kemaman, aktiviti perniagaan di beberapa Bazar Aidilfitri dilihat agak lesu dan perlahan, dengan peniaga merungut pendapatan mereka menurun antara 30% dan 60% berbanding tahun lalu.
[TERKINI] Nurul Izzah bakal pertahan jawatan naib presiden
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mei ini.
Dakwaan kerajaan pimpinan GRS, PH gagal tidak berasas - Hajiji
Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Sabah yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) gagal adalah suatu yang tidak berasas

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

31 warga Myanmar ditahan cuba masuk Malaysia secara haram
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 31 pendatang tanpa izin berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, hari ini.

TDM sahkan kehilangan dua anggota ketika operasi di Banding, Perak
Tentera Darat Malaysia mengesahkan dua anggotanya hilang semasa melakukan rondaan dalam operasi di Banding, Perak pada 30 Nov lepas.

TDM sedia gerakkan tambahan anggota jika banjir semakin buruk
Tentera Darat Malaysia bersedia menambah kekuatan pegawai dan anggota dalam operasi menyelamat sekiranya bencana banjir di beberapa negeri bertambah buruk.

Tentera Darat tumpas aktiviti seludup lembu di Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) menumpaskan aktiviti penyeludupan 12 ekor lembu bernilai RM60,000 yang dibawa masuk merentasi Sungai Golok berdekatan sempadan Malaysia-Thailand semalam.

Prebet Muhammad Syafiq hilang di hutan sejak 18 Jun ditemui selamat
Prebet Muhammad Syafiq yang hilang di sempadan Malaysia-Brunei ketika bertugas di Limbang, Sarawak sejak 18 Jun lalu, ditemui selamat.

Pesawat M81-11 TDM lakukan pendaratan cemas, anak kapal cedera
Insiden melibatkan tiga anak kapal yang terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang krew kuatermaster.

TDM akan usul batal kontrak sewaan Black Hawk kepada Kementerian Pertahanan
Tentera Darat Malaysia akan mengusulkan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk TDM kepada Kementerian Pertahanan ekoran kelewatan penghantaran.

TDM akan ambil tindakan jika kontraktor masih gagal hantar Black Hawk
Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengambil tindakan susulan sekiranya kontraktor yang dilantik masih gagal membuat penghantaran pertama helikopter Black Hawk selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Tentera Darat dijangka terima helikopter Black Hawk April ini
Penghantaran peringkat pertama sebuah daripada empat helikopter Sikorsky UH-60A Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat.