TUARAN: Elemen dan ciri-ciri majmuk rakyat Malaysia yang hidup aman harmoni perlu diterapkan meskipun berbeza ideologi dan falsafah dalam sesebuah organisasi politik, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mengambil contoh di Sabah, Timbalan Perdana Menteri berkata Negeri di Bawah Bayu itu yang mempunyai kepelbagaian etnik, agama dan bangsa serta budaya adalah ciri-ciri kemajmukan serta elemen dalam masyarakat yang perlu dijadikan model organisasi politik.
"Maka kita tidak boleh terlalu ekstrem kanan atau kiri untuk menyatakan bahawa perjuangan kita sahaja yang benar tanpa memperdulikan elemen-elemen lain. Kita mesti hormat agama lain juga.
"Itulah sebabnya saya katakan kebersamaan, maka pelajari asuhan adab atau akhlak untuk menangani perbezaan, perbezaan pendapat itu boleh, tetapi ada adab tatacara untuk menanganinya," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tuaran di Dewan Seri Sulaman di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, Pengerusi Pakatan Harapan Sabah Datuk Christina Liew dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Tuaran.
Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan atas kehadiran Hajiji yang mencerminkan kebersamaan dalam perjuangan dan pendirian yang jelas, biarpun berbeza organisasi politik.
"Ini bukan bererti kita meninggalkan mana-mana kawan, bagi saya soal musuh itu hak kamu, sahabat kamu adalah sahabat aku juga, untuk itu kebersamaan kita dalam perjuangan sama ada parti atau mana-mana organisasi, pendirian kita harus jelas," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata kebersamaan antara kerajaan Persekutuan dan Negeri adalah perlu demi kepentingan rakyat bagi mengatasi masalah dihadapi di peringkat negeri termasuk isu air, elektrik, jalan raya, peluang pekerjaan, pelancongan dan pendidikan.
Menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti yang rasional, Ahmad Zahid memberi komitmen parti itu untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat Sabah dan dalam masa sama, memohon pimpinan tempatan untuk tidak membuat sebarang keputusan dan kenyataan tergesa-gesa.
"Masanya belum sampai, kita harus lebih rasional, insya-Allah, yang penting adalah rakyat jangan mangsakan rakyat. Sabah mesti dimajukan, kestabilan politik wajib diwujudkan di bumi Sabah ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2024
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan perasmian UMNO Bahagian Tuaran di Dewan Seri Sulaman hari ini. - Foto Bernama
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
Terap elemen majmuk meski berbeza ideologi, falsafah politik - Ahmad Zahid
Elemen majmuk rakyat Malaysia yang hidup aman harmoni perlu diterapkan meskipun berbeza ideologi dan falsafah dalam sesebuah organisasi politik.