awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan
Mahir menyanyi lagu Hindi, PM Anwar kini 'viral' di India, kata Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terap konsep 'tabayyun', semak dahulu maklumat diterima - Fahmi

Bernama
Bernama
18/05/2023
06:01 MYT
Terap konsep 'tabayyun', semak dahulu maklumat diterima - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil meluangkan masa melawat gerai pameran semasa hadir ke Program Jom Baca 10 Minit peringkat Kementerian Komunikasi Digital hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia perlu menerapkan konsep 'tabayyun' dalam diri iaitu sentiasa menyemak kebenaran setiap maklumat yang diterima melalui mana-mana platform, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Tabayyun merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud 'menthabitkan' dan menyemak asas kebenarannya.
Ditemui pemberita selepas program Jom Baca Bersama 10 Minit di sini hari ini, beliau berkata konsep tabayyun itu penting kerana segala maklumat yang diterima ketika ini tidak boleh dipercayai secara bulat-bulat.
"Dalam keadaan sekarang, ditegaskan kena selalu semak maklumat diterima sebelum sampaikan kepada orang lain.
"Gunakan sedikit ruang untuk teliti menilai maklumat disampaikan, kita tahu kadangkala (maklumat) disensasikan... konsep tabayyun itu sangat penting, bila kita terima... semak sebelum sebar," katanya.
Fahmi berkata Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan sentiasa memantau maklumat dan percanggahan isu berkaitan 3R iaitu bangsa, agama dan raja.
Mengenai program Jom Baca Bersama 10 Minit, beliau berkata program tersebut meningkatkan rasa cinta warga Kementerian Komuniakasi Digital (KKD) untuk membaca.
Di peringkat KKD, menurutnya satu program dikenali sebagai 'bedah buku' akan diperkenalkan bagi memupuk budaya membaca serta melaksanakan perkongsian bahan bacaan masing-masing.
Program berkenaan merupakan antara inisiatif Perpustakaan Negara untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan bermaklumat seterusnya menjadikan membaca sebagai satu amalan hidup
Turut hadir Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Tabayyun
#semak kebenaran
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan