awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir

Bernama
Bernama
09/06/2023
11:28 MYT
Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir
Aaron-Wooi Yik, akan membuat perhitungan menentang beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chan, esok, dalam merebut tempat ke final. - Facebook Badminton Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya membalas dendam kekecewaan Masters Malaysia dua minggu lalu apabila mengalahkan gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin untuk mara ke separuh akhir Terbuka Singapura, hari ini.
Selepas tewas 18-21, 19-21 di peringkat suku akhir Masters Malaysia, Aaron Chia-Wooi Yik menyingkirkan beregu ranking ke-10 dunia itu, 18-21, 21-16, 22-20 di peringkat sama dalam aksi sengit selama sejam 18 minit di Stadium Tertutup Singapura.
Aaron-Wooi Yik, akan membuat perhitungan menentang beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chan, esok, dalam merebut tempat ke final.
Beregu China, selaku pilihan ketujuh kejohanan, mengesahkan slot separuh akhir apabila dengan mudah mengatasi beregu England, Ben Lane-Sean Vendy, 21-11, 21-11.
Januari lalu, Aaron-Wooi Yik, beregu ranking keempat dunia, mara Ke final Terbuka India sebelum tewas kepada Wei Keng-Chang, 21-14, 19-21, 18-21.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#Terbuka Singapura
#Separuh Akhir
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan