Kerajaan Terengganu akan mengambil beberapa langkah segera bagi mengelakkan kes kemalangan maut berterusan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2).
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk meletakkan pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sepanjang laluan tersebut.
Katanya langkah lain yang akan dicadangkan ialah memperbanyakkan papan tanda amaran dan meminta pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengenal pasti kawasan berisiko serta mencadangkan pihak polis memasang perangkap had laju.
"Langkah yang dilaksanakan ini bagi memberi peringatan kepada pengguna dan sentiasa berhati-hati ketika menggunakan laluan itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan taklimat di Plaza Tol Ajil di sini pada Isnin.
Pada majlis itu juga turut diadakan solat hajat yang turut disertai kira-kira 300 orang termasuk Menteri Besar, exco kerajaan negeri, pelajar tahfiz serta penduduk kampung.
Menurut Ahmad Razif, faktor kelalaian antara punca yang dikenal pasti berlakunya kemalangan maut sehingga meragut banyak nyawa dan kebanyakan kes itu berlaku pada waktu siang.
Katanya, laporan LLM dan polis mendapati 70 peratus kemalangan berlaku kerana kecuaian pengguna, 14 peratus aspek persekitaran, sembilan peratus permasalahan kenderaan dan lain-lain kes.
"Kita dapati faktor utama akibat kelalaian dan bukannya faktor jalan serta kebanyakan kes itu berlaku pada jalan yang lurus dan pada waktu siang. Bagaimanapun, kerajaan negeri memberi jaminan laluan sepanjang LPT 2 itu selamat digunakan dan kawasan beralun juga telah diperbaiki."
Ahmad Razif berkata jumlah kenderaan juga bertambah dan hampir 25,000 kenderaan menggunakan lebuh raya tersebut setiap hari.
Jelas beliau, pihaknya akan memastikan elemen keselamatan terus dipertingkatkan termasuk meminta pihak konsesi membenarkan kiosk di kawasan rawat dan rehat (R&R) beroperasi bagi memberi keselesaan kepada pengguna.
"Kita menolak dakwaan lebuh raya ini tidak selamat digunakan... jika ia ditutup akan menimbulkan kesulitan serta menimbulkan persepsi negatif," tambahnya.
Mengikut statistik PDRM sehingga 16 Okt, sebanyak 82 kes kematian telah direkodkan di sepanjang laluan tersebut melibatkan 1,989 kes kemalangan.
Jumlah tersebut tidak termasuk tiga kes maut pada 18 dan 19 Okt.
Bernama
Tue Oct 20 2015
Gambar fail kemalangan maut yang berlaku di LPT 2 pada 18 Okt yang meragut dua nyawa. - Astro AWANI
Misi ditangguh, delegasi Malaysia berlepas pulang
Delegasi Malaysia dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza akan berlepas pulang malam ini.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Mahmoud Abbas menyeru semua negara iktiraf Palestin
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyeru semua negara untuk mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka serta mengiktiraf ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau diberi peluang berucap di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi hari ini.
Mesyuarat Khas WEF: Rangkuman hari pertama, tiga kayu ukur ekonomi perlu ada
Jurang pemulihan ekonomi menjadi modal mula mesyuarat khas World Economic Forum di Riyadh.
Bagi Malaysia, kelebihan asean di ketengahkan, manakala negara maju mahu keadaan ekonomi yang lebih sekata.
Persoalan besar adalah bagaimana titik keseimbangan dapat dicapai?
Najib Aroff bawakan laporan.
Bagi Malaysia, kelebihan asean di ketengahkan, manakala negara maju mahu keadaan ekonomi yang lebih sekata.
Persoalan besar adalah bagaimana titik keseimbangan dapat dicapai?
Najib Aroff bawakan laporan.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
P.Pinang kerjasama dengan Persekutuan teruskan usaha tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Akta baharu berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini sekali gus meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di seluruh negara, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Pelaburan baharu memberi cabaran baharu kepada Malaysia
Pelaburan baharu yang diterima Malaysia memberi cabaran baharu khususnya dalam memberi fokus dalam bidang teknologi dan juga Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
AWANI Borneo [28/04/2024] – Daftar di Yayasan Sarawak | Kos ganti paip RM9 bilion | Tarikan Kitaro
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
Kesatuan Ragbi Malaysia harap individu disyaki pecah amanah didakwa segera
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berharap individu di sebalik isu pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu didakwa segera.
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.
PRU15: UMNO, BN mampu tawan kembali Terengganu - Ahmad Razif
Tidak mustahil pentadbiran negeri itu boleh bertukar tangan dengan sokongan pengundi di negeri berkenaan.
Ahmad Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Idris Haron, Ahmad Razif tewas, Adnan Yaakob kekal ketua bahagian
Beberapa pertandingan yang membabitkan pemimpin utama UMNO negeri menyaksikan ada di antara mereka yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.
Jangan ulangi sejarah PRU pada tahun 1999 - Ahmad Zahid
Rakyat Terengganu diingatkan agar tidak mengulangi sejarah pilihan raya umum pada tahun 1999.
Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.
MB bidas kenyataan kanak-kanak di Terengganu 'bantut'
Beliau berkata dakwaan itu merupakan tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.
BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.
Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat
Masalah kerosakan lif yang sering berlaku di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dijangka dapat diatasi secara berperingkat dalam tahun ini, kata Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Bumbung jatuh - MBKT tutup laluan sementara
Penutupan laluan sepanjang 400 meter itu dibuat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.
Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan
Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebaik sahaja jarum jam melepasi 12 tengah malam.