DUNGUN: Sebuah kolej al-Quran bernilai RM370 juta akan dibina di Terengganu dalam merintis jalan ke arah mewujudkan sebuah hub pendidikan Islam terunggul negara.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pembinaan Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) di kawasan seluas 121 hektar di Durian Mentangau dekat sini, dijangka akan dimulakan tahun hadapan selepas semua urusan tender oleh pihak berkaitan selesai.
Beliau berkata kolej berkenaan dijangka mengambil masa dua tahun untuk disiapkan, dan mengikut perancangan, fasa pertama pengambilan akan melibatkan seramai 1,000 pelajar.
"Pembinaan kampus itu bertujuan mewujudkan kembali institusi pengajian tinggi (IPT) Islam milik kerajaan negeri sebagai ganti kepada Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang menjadi kebanggaan negeri suatu masa dahulu.
"Kita juga sedang dalam proses permohonan kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk menaik taraf KQT kepada kolej universiti," katanya selepas Majlis Pecah Tanah Kampus Tetap KQT dan Bandar Baharu Lestari Durian Mentangau dekat sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Satipul Bahri Mamat.
Difahamkan kolej berkenaan dijangka dapat menampung sehingga 3,000 pelajar setelah ia siap sepenuhnya kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2022
Ahmad Samsuri Mokhtar (dua, kanan) meninjau pelan projek Kampus Tetap Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) dan Bandar Baharu Lestari Durian Mentangau pada Majlis Perasmian Majlis Pecah Tanah di Jalan Durian Mentangau hari ini. - Bernama
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Kolej Al-Quran Terengganu mula beroperasi Januari 2016
Kolej Al-Quran Terengganu akan memulakan operasinya dengan status institusi pendidikan tinggi swasta yang bertaraf kolej pada 1 Jan tahun depan.