awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu masih kumpul data kerugian penduduk terjejas banjir

Bernama
Bernama
17/03/2022
00:30 MYT
Terengganu masih kumpul data kerugian penduduk terjejas banjir
Ahmad Samsuri (tiga, kiri) menyempurnakan gimik perasmian pecah tanah projek Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Banggol Pauh, Kuala Nerus, 16 Mac 2022. - Foto BERNAMA
KUALA NERUS: Kerajaan Terengganu masih dalam proses mengumpul data kerugian yang dialami oleh penduduk yang terjejas akibat banjir di negeri itu dan akan menyalurkan bantuan bersesuaian mengikut keperluan masing-masing.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pada masa ini Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Pengurusan Kampung (JPKK) yang terlibat sedang berurusan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pegawai Daerah untuk penyelarasan data serta bantuan.
"Ia mengambil masa kerana jumlah kerugian mangsa berbeza-beza dan perlu diaudit. Ada yang mengalami kerosakan perabot, peralatan elektrik dan ada yang keretanya tenggelam banjir.
"Bantuan akan disalurkan daripada Tabung Darul Iman dan pada masa sama bantuan segera daripada badan-badan korporat juga ada yang telah disalurkan termasuk sumbangan zakat negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Pangsa Mampu Milik Kampung Banggol Pauh di sini, semalam.
Difahamkan banjir gelombang kelima di Terengganu yang bermula pada 25 Feb lepas melibatkan lebih 17,000 mangsa di lapan daerah di negeri itu.
Ahmad Samsuri berkata bagi kerugian besar seperti kehilangan sebuah rumah akibat banjir yang melibatkan golongan asnaf, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menanggung kos pembinaannya sama seperti dalam bencana lain sebelum ini.
Katanya lagi setakat ini, seramai 4,560 ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) telah menerima bayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Daripada jumlah itu, seramai 246 KIR adalah di daerah Kuala Terengganu, Besut (534), Dungun (1,094), Marang (1), Hulu Terengganu (2,478), dan Kuala Nerus (207).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir terengganu
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#bantuan
#kerugian mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan