Skip to main content

Dunia

Arab Saudi pintas tiga peluru berpandu balistik sasar Pangkalan Udara Prince Sultan

A satellite image shows planes at Prince Sultan Air Base in Saudi Arabia February 17, 2026. 2026 Planet Labs PBC/Handout via REUTERS
Imej satelit menunjukkan pesawat di Pangkalan Udara Prince Sultan di Arab Saudi, 17 Feb 2026. - Gambar fail/REUTERS

ISTANBUL: Arab Saudi memaklumkan pada awal Jumaat bahawa ia  telah memintas tiga peluru berpandu balistik yang menyasarkan Pangkalan Udara Prince Sultan, dalam perkembangan terbaharu yang mencerminkan impak peluasan ketegangan ketenteraan di rantau itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Serangan itu berlaku di tengah-tengah ketegangan serantau yang memuncak susulan perang yang sedang berlaku antara Israel dan Amerika Syarikat (AS) di satu pihak, menentang Iran di pihak yang lain.

Advertisement

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, konflik berkenaan telah melibatkan tindakan berbalas serangan peluru berpandu dan dron di beberapa bahagian di Timur Tengah, termasuk rantau  Teluk.

Perkembangan itu juga berlaku dalam konteks serangan berulang yang menyasarkan Arab Saudi dan beberapa negara Teluk yang lain, dengan Iran didakwa melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap kemudahan ketenteraan serta ekonomi di rantau itu.

Peningkatan konflik ini menimbulkan kebimbangan yang semakin meruncing terhadap kemungkinan berlakunya konfrontasi serantau yang lebih luas serta kesan ekonomi, terutamanya kepada pasaran tenaga global. Ini memandangkan peranan utama yang dimainkan oleh negara-negara Teluk dalam membekalkan minyak dan gas ke pasaran antarabangsa.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video