Terengganu perhalusi peraturan sedia ada untuk kawal penjualan vape

Bernama
Disember 16, 2015 23:30 MYT
Kelantan ialah negeri kedua mengharamkan penjualan vape selepas Johor. - Gambar fail
Kerajaan negeri Terengganu sedang memperhalusi peraturan sedia ada dalam mengawal aktiviti penjualan vape atau rokok elektronik sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata bagaimanapun kerajaan negeri tidak berhasrat mengharamkan penjualan vape buat masa ini.
"Kami juga terikat dengan peraturan daripada kerajaan Pusat agar tidak timbul pertindihan," katanya.
Beliau berkata demikian hari ini ketika ditanya sama ada Terengganu akan mengikut langkah kerajaan negeri Kelantan mengharamkan penjualan vape bermula Januari tahun depan.
Kelantan ialah negeri kedua mengharamkan penjualan vape selepas Johor.
#Ahmad Razif Abd Rahman #Johor #rokok-e #vape