awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu pertimbang cuti tambahan Aidilfitri

Sinar Harian
Sinar Harian
19/03/2025
06:40 MYT
Terengganu pertimbang cuti tambahan Aidilfitri
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan tersebut telah dibuat dan akan dibawa menghadap Sultan Terengganu bagi mendapatkan perkenan. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu sedang mempertimbangkan untuk memberikan cuti tambahan sehari bagi memudahkan rakyat negeri itu membuat perancangan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Terengganu sedang mempertimbangkan untuk memberikan cuti tambahan sehari sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
  • Keputusan tersebut telah dibuat dan akan dibawa menghadap Sultan Terengganu untuk mendapatkan perkenan.
  • Pengumuman rasmi mengenai cuti tambahan dan pemberian dana raya akan dibuat pada minggu hadapan selepas keputusan muktamad dicapai.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan tersebut telah dibuat dan akan dibawa menghadap Sultan Terengganu bagi mendapatkan perkenan.
“Kita sudah buat keputusan dan akan menghadap Kebawah Duli Tuanku untuk mendapat perkenan dalam waktu terdekat.
“Saya akan maklumkan kemudian. Tunggu pemakluman daripada saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Kontinjen Terengganu Temasya SUKMA XXI Sarawak 2024 di Wisma Darul Iman di sini pada Rabu.
Beliau turut memaklumkan bahawa pengumuman rasmi akan dibuat pada minggu hadapan selepas keputusan muktamad dicapai.
Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri masih dalam perbincangan mengenai pemberian dana raya kepada rakyat Terengganu.
“Kita akan cuba. Bila kata cuba, maksudnya kita berusaha.
“Sama ada dapat atau tidak... Saya rasa semua sudah sedia maklum bahawa kewangan kerajaan negeri dipegang oleh Putrajaya.
“Kita kena mohon dahulu 'duit kita' di sana dan bila sampai ke sini, barulah kita boleh agihkan," jelasnya.
Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 31 Mac depan, tertakluk kepada perubahan.
https://www.sinarharian.com.my/article/718499/edisi/terengganu/terengganu-pertimbang-cuti-tambahan-aidilfitri
Topic Berkaitan
#terengganu
#Aidilfitri
#cuti tambahan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan