awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu sasar 4.5 juta pelancong tahun depan

Bernama
Bernama
18/12/2023
21:45 MYT
Terengganu sasar 4.5 juta pelancong tahun depan
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Razali Idris ditemu bual pemberita pada Majlis Penyampaian Hadiah International Monsoon Casting Tournament (IMCT) 2023 di Kenyir Geopark. - Foto BERNAMA
KUALA BERANG: Kerajaan Terengganu menyasarkan kedatangan 4.5 juta pelancong ke negeri ini tahun hadapan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris.
Beliau berkata sasaran dapat dicapai berdasarkan jumlah kedatangan pelancong tahun ini yang telah melebihi 3.5 juta orang.
"Bagi mencapai sasaran tersebut, pelbagai promosi akan dijalankan di dalam dan luar negara termasuk Eropah dan Timur Tengah yang merupakan fokus pelancongan baharu. Kita yakin tahun depan ekonomi dunia akan bertambah baik...dan kerajaan negeri dah mula (promosi) daripada sekarang," katanya selepas majlis penyampaian hadiah International Monsoon Casting Tournament (IMCT) 2023 di Kenyir Pengkalan Gawi, pada Isnin.
Razali berkata sebelum ini, promosi telah dilakukan di Eropah dan China dan akan diteruskan ke Timur Tengah tahun depan.
Seramai 250 pemancing dari Malaysia, China, Jepun, Singapura, Thailand dan Indonesia menyertai pertandingan IMCT selama empat hari bermula 15 Dis lepas.
Razali berkata kerajaan negeri juga akan memperbanyakkan program pelancongan pada November hingga Mac, iaitu pada musim tengkujuh memandangkan jumlah kedatangan pelancong yang menurun pada waktu tersebut disebabkan persepsi negatif masyarakat luar.
"Musim tengkujuh masih lagi digambarkan sebagai waktu yang tidak sesuai untuk melancong ke Terengganu kerana pulau dan tempat peranginan ditutup.
"Persepsi ini salah kerana kita masih banyak produk pelancongan yang boleh ditawarkan termasuk pakej main hujan di Setiu Wetland, Rainforest Challenge, Monsoon Ride dan macam-macam lagi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terengganu
#pelancong
#China
#Razali Idris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan