awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 40,000 individu jadi mangsa tembakan di AS pada 2025 - GVA
Kerajaan teliti isu 36 jemaah terkandas di Arab Saudi - Zulkifli
Silinder gas helium meletup, dua gerai tiga kereta rosak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu tetap laksana larangan penjualan vape walau terdapat rayuan

Bernama
Bernama
06/08/2025
11:30 MYT
Terengganu tetap laksana larangan penjualan vape walau terdapat rayuan
Kerajaan Terengganu tetap dengan pendirian melaksanakan penguatkuasaan penuh larangan penjualan rokok elektronik atau vape bermula 1 Ogos lepas meskipun terdapat rayuan daripada pihak tertentu untuk menangguhkannya. - - Foto hiasan
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu tetap dengan pendirian melaksanakan penguatkuasaan penuh larangan penjualan rokok elektronik atau vape bermula 1 Ogos lepas meskipun terdapat rayuan daripada pihak tertentu untuk menangguhkannya.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata ia berikutan kerajaan negeri telah melakukan pemakluman awal mengenai larangan tersebut dan memberikan masa yang cukup iaitu sekitar tujuh bulan sebelum pelaksanaan penguatkuasaan itu.
"Kita juga bagi tempoh lanjutan selama tiga bulan bermula 1 Mei hingga 31 Julai lepas, sebelum kita betul-betul kuat kuasakan pada 1 Ogos lepas. Tempoh lanjutan itu juga diberikan berikutan permintaan yang dikemukakan oleh pihak berkaitan dalam pertemuan dengan kerajaan negeri sebelum ini.
"Oleh itu tempoh yang cukup telah kita berikan untuk peniaga menghabiskan stok vape mereka sebelum premis mereka tidak lagi dibenarkan menjual barangan tersebut," katanya yang tidak lagi menerima alasan segelintir peniaga yang mendakwa masih terdapat banyak stok produk vape yang belum terjual di premis mereka.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu, yang disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Wan Sukairi berkata selaras dengan larangan penjualan vape, kesemuan kain rentang atau papan iklan berkaitan produk vape termasuk kain rentang atau iklan program yang menerima penajaan daripada syarikat vape di seluruh negeri perlu diturunkan.
Beliau menambah penguatkuasaan larangan tersebut dibuat bertujuan melindungi rakyat Terengganu terutama generasi muda daripada kesan buruk akibat pengambilan vape.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terengganu
#larang vape
#penjualan rokok elektronik
#rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan