Terengganu kini tiada pilihan lain, selain meraih kemenangan berdepan Perak pada Jumaat, demi untuk keluar daripada kedudukan tercorot liga.

Pengendali Peteh, E.Ellavarasan mengakui kedudukan Peteh kini merisaukannya.

Namun, bekas jurulatih Felda United ini tetap yakin dengan kemampuan pemain-pemainnya.

“Kita dalam keadaan yang tidak berapa bagus tetapi saya percaya dengan keupayaan players pemain-pemain agar dapat meningkatkan persembahan kita dalam perlawanan-perlawanan akan dating,” kata Ellavarasan.

Terengganu kini hanya mampu meraih dua mata selepas lima perlawanan Liga Super.

Justeru itu, Ellavarasan mengharapkan pemain-pemain seperti Ismail Faruqi, Abdul Manaf Mamat dan Jean Effa Owona mampu menjelmakan ketajaman bahagian serangan, pada aksi dengan Perak.